aiman27
Active+ Member
- Messages
- 4,608
- Joined
- May 14, 2010
- Messages
- 4,608
- Reaction score
- 729
- Points
- 71
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)
merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
Pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada 100,000 isi rumah. Agihan adalah berdasarkan "permohonan awal didahulukan". Permohonan dibuka selama satu tahun mulai dari tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
Agihan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berdasarkan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I, iaitu:- Bumiputera – 50%; Cina – 30%; India – 15%; Lain-lain – 5%.
Melalui Skim ini, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia.
Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.
KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia berumur 18-58 tahun;
2. Pemohon mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RM3,000;
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman;
4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar;
5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000;
6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman; dan
7. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.
PERMOHONAN
Pemohon yang berminat mestilah mendapatkan borang daripada bank-bank yang terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan diserahkan kepada bank untuk disahkan dan dipertimbangkan. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak bank.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut:
1. Kad Pengenalan pemohon - 2 salinan
2. Kad Pengenalan pasangan (jika berkenaan) -1 salinan
3. Dokumen Pengesahan Pendapatan
* Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini pemohon dan/atau pasangan.
* Sekiranya tiada Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai***.
***
BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan SAKSI -
sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen.
http://www.sara1malaysia.com.my/n_index.php
tt ada attach maklumat versi bahasa melayu yg terdapat pd brochure sara 1malaysia
Nak tau lanjut lg sila hubungi unit projek khas-SARA 1Malaysia 03-20573065 di waktu pejabat. Kmdn jgn lupa share kat sini ape2 maklumat ttg sara 1malaysia.
Attachments
-
1.9 MB Views: 440
Last edited:
