BTC USD 81,457.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info: Pegaga

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman. Berikut antara kebaikan pegaga dalam kesihatan:

images


:Parut dan selulit:
Perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria,
antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
Bahan aktif pada pegaga yang merang¬sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen,
sekali gus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.


: Wajah yang Berseri:
Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat¬kan peredaran darah untuk memberikan wajah
lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan
wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku.


: Membantu pengaliran darah dan mengurangkan masalah urat simpul:
Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau
salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.


: Awet Muda:
Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki
sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.


: Anti Bakteria:
Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema,
jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.


: Penjagaan Rambut:
Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya.
Ia mampu meÂnguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta me¬ngelak masalah rambut yang lain.
Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkat¬kan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.


daun-pegaga-blend-001-small.jpg
 
sedap pulak namapak pegaga segar

cicah budu atau sambal belacan
 
macam mana nak buat jus pegaga supaya tidak pahit
 
Back
Top
Log in Register