BTC USD 84,419.2 Gold USD 4,295.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info pasal MPV Proton

Hangpa ni..mcm-2 la... Ni ha...aku sempat snap masa depa tgh design... :D

protonmpv1ov7.jpg

lain...lain sgt,super seven ni cermin blakang skali tuh cam wish.ade kemungkinan gak base pd grandis..xyah pening...tunggu je kuar..sori le cik jutawan..hamba tgh ber cuti.wife brsalin..
 
lain...lain sgt,super seven ni cermin blakang skali tuh cam wish.ade kemungkinan gak base pd grandis..xyah pening...tunggu je kuar..sori le cik jutawan..hamba tgh ber cuti.wife brsalin..

lor.. hang plak brlebih cuti mengalah bini hang..:p
Apepon tahniah atas kelahiran baby ok..:)
 
dah kira ok tu kalau ikut model grandis.
boleh booking skrg kot?
 
skrg ni bleh la kite sumer save our expenditure la, tunggu mpv ni, harge die bawah rm 100k dgr org kater, X sabar2 nak tunggu impian jadi realiti

no vote for BN#:-S
 
14 Februari, 2008 23:25 PM

Yang Di-Pertuan Agong Hadiah Proton Savvy Kepada Raja Thai

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 14 Feb(Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menghadiahkan sebuah Proton Savvy kepada Raja Thailand Bhumibol Adulyadej sempena hari keputeraannya ke-80.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Shaarani Ibrahim menyerahkan hadiah berkenaan kepada Raja yang paling lama bertakhta di dunia itu di Istana Chitralada di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Proton Holdings Berhad Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Pengarah Urusan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Raja Bhumibol meraikan hari keputeraannya yang ke-80 pada 5 Dis tahun lepas.

Mohammed Azlan berkata Raja Thai itu mengucapkan terima kasih kepada Tuanku Mizan atas ingatan Seri Paduka dan menghadiahkannya sebuah Savyy AMT (automatic manual transmission).

Raja Bhumibol menghargai kereta itu, baginda sukakan kereta yang dicat khas berwarna biru itu, katanya.

Selepas kunci diserahkan, Raja Bhumibol mengamati kereta itu dan diberi penerangan mengenainya serta model lain keluaran Proton.

Proton mula dibawa masuk ke Thailand akhir tahun lepas dengan tiga model ---- Savvy, Gen2 dan Satria Neo.

Proton telah pun menjual 1,200 buah kereta sejak pelancarannya pada November dengan Savvy, kereta paling murah di pasaran Thai, menguasai separuh pasarannya.

-- BERNAMA
 
aik takkan bagi savvy kat raja kot:-? pelik2, bagi la proton chancellor ke proton persona ke, savvy?????????
 
Back
Top
Log in Register