BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info pasal MPV Proton

info dari sumber yg xleh dipercayai, harga dia 70K..gambor tu mmg betul...
 
Proton MPV...coming soon

Perkembangan proton MPV....baca komen dai designer proton mpv ni...

azlano.wordpress.com/2008/02/03/the-proton-mpv-you-ask/
 
Dari maklumat yg saya dpt dr org proton...Model mpv proton ambil design mitsubishi grandis...Sebab dr sumber yg blh dipercayai prototype dah siap & dan tgh test di australia...Mmg ambil 100 % design mitsubishi.

uikk.. proton dah ckp joint venture dgn company cherry tuh..
ape pun tunggu kemunculannye nanti.. cherry atau mitshubishi..
kalau harga ok mesti ramai yg beli..
 
Inikah yg dimaksudkan dgn berita di bawah.....:-?

Proton Holdings lancar MPV awal tahun depan
Oleh Wan Faizal Ismayatim

Sebuah lagi model diberi evolusi baru turut dikeluarkan Mac

SELEPAS memperkenalkan Waja Campro 16 Premium (CPS) minggu lalu, Proton Holdings Bhd bulan depan akan melancarkan sebuah lagi model sedia ada yang diberikan evolusi baru.

Malah, Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, rakyat negara ini juga bakal menyaksikan pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton menjelang awal tahun depan.

"Bulan depan, kita akan melancarkan sebuah lagi model sedia ada yang diperbaharui selepas Waja Campro 1.6 Premium CPS.

"Awal tahun depan pula Proton akan melancarkan model MPV. Tunggu dan lihatlah nanti," katanya.

Beliau menegaskan, kereta keluaran pengeluar kereta nasional itu kembali mendapat keyakinan rakyat Malaysia.
 
Dari maklumat yg saya dpt dr org proton...Model mpv proton ambil design mitsubishi grandis...Sebab dr sumber yg blh dipercayai prototype dah siap & dan tgh test di australia...Mmg ambil 100 % design mitsubishi.

Kalau diasaskan dari model Mitsubishi, aku setuju sangat. Memang bagus. Semua orang tau kualiti Mitsubishi Jepun macamana. Tapi kalau diasaskan dari model Cherry buatan China, macam kurang yakinlah dgn kualitinya (Sedangkan asas dari model Mitsubishi Jepun pun orang Malaysia persoalkan kualitinya) inikan pulak dari China? China kan banyak barang cetak rompak, tiruan dan lambakan barangan yg tak berkualiti.
 
Kalau nak diikutkan mmg bagus lah joint venture dgn Mitsubishi tu. Tengok saje contoh Mpv mcm Nazaria klon Kia, harga mmg drop giler kalau nak jual balik.
Sbb kalau buatan Korea, China & sewaktu dgnnya mmg xde value masa nak jual balik.
 
Back
Top
Log in Register