KEMALANGAN JALAN RAYA DI ALAMAT HADAPAN KLINIK DESA BUKIT MOR
Muar, 10 Disember – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 pada 10 Disember 2023, jam 11:54:12, beralamat di hadapan Klinik Desa Bukit Mor. Satu (1) jentera FRT, dan tiga (3) unit RIM dengan kekuatan keseluruhan sembilan (9) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Fettry Bin Mahat.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler dan sebuah motosikal. Terdapat 1 orang mangsa berada di bahagian bawah lori. PKO bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah lori menggunakan stretcher. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM. Mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Setelah memastikan keadaan selamat, PKO bertolak balik ke balai.
Maklumat mangsa :
Motosikal
- Norlyana binti Sharif (P) – 37 tahun (meninggal dunia)
- Mohd Khairul Amri bin Sharif (L) – 28 tahun (cedera)
Lori
- Mohamad Faizal bin Yunos (L) – 31 tahun (Selamat)
Operasi ditamatkan pada 10 DISEMBER 2023 jam lebih kurang 13:11:00
- Bomba Johor