BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kemalangan harian terkini seluruh negara


JOHOR 09/12/2023.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat simpang Pasak, Kota Tinggi petang tadi.

Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.

Sumber: Orang Kota - Tinggi
 

SABAH 09/12/2023

Kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Jalan Kepayan, 88 Market berhadapan stesen minyak, Kota Kinabalu, kira-kira 7 malam tadi.

Penunggang lelaki cedera di bahagian kaki kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kredit: INFO X
 
9083.jpeg
9086.jpeg
9089.jpeg

SARAWAK 09/12/2023.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat Flyover simpang 3 Kuching, pagi tadi.

Mangsa motosikal cedera parah dalam kejadian tersebut.

Sumber: Sarawak Edition
 
9091.jpeg
9093.jpeg
9096.jpeg

JOHOR 09/12/2023.

Kemalangan kereta di Jalan Mardi, Kluang petang tadi.

Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.
 
9259.jpeg
9262.jpeg
9266.jpeg
9269.jpeg

Penunggang motosikal maut terperosok bawah Hilux di JRTB Gerik

GERIK: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda dekat Jalan Raya Timur Barat (JRTB), menghala Titiwangsa, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa lelaki berusia lingkungan 50-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan 4x4 jenis Hilux dan motosikal berkuasa tinggi.

"Penunggang motosikal tersebut telah terperosok di bawah Hilux dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Operasi itu diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Kamarul Ariffin Abd Ghani.

Foto: JBPM Perak

Kredit: Peraktastic
 
9274.jpeg
9278.jpeg
9281.jpeg
9284.jpeg

KEDAH 09/12/2023.

Kemalangan maut melibatkan motosikal dekat depan kedai tayar, sebelah Stesen Minyak Caltex Mergong menghala ke Kuala Sungai sekitar jam 1.45 petang tadi.

Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.

Sumber: Camar Kasturi Kasturi
 
10069.jpeg
10072.jpeg
10074.jpeg
10077.jpeg

JOHOR 10/12/2023.

Kemalangan melibatkan kereta terlanggar tayar lori tercabut dekat Saujana menghala ke Kota Tinggi sekitar jam 7.15 pagi tadi.

Lori tersebut dikatakan tidak dapat dikesan selepas menghilangkan diri.

Sumber: Orang Kota - Tinggi
 

Kemalangan bot berkuasa tinggi dekat Bekenu, Sarawak.

Pemandu dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut.

Sumber: AbgLan Official
 
10048.jpeg
10051.jpeg
10054.jpeg
10056.jpeg
10059.jpeg
10061.jpeg
10063.jpeg

JOHOR 10/12/2023.

Kemalangan melibatkan 3 buah kereta di Jalan Kota Tinggi - Kluang, dari TSI sebelum Bulatan T6, Kluang malam tadi.

Mangsa cedera parah.

Sumber: KHI
 
9957.jpeg
9960.jpeg
9963.jpeg
9966.jpeg

KEMALANGAN MENGLIBATKAN DUA BUAH KENDERAAN

SABTU, 9 DISEMBER 2023 - Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 23:48:23 beralamat di Jalan Jabar, Parit Jawa, 84000 Muar Johor.

Tiga (3) unit RIM, satu (1) jentera FRT dan satu (1) unit HILUX dari BBP Muar dengan kekuatan keseluruhan seramai dua belas (12) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh PBK I KUP Johar Bin Tumin.

Menurut Komander Operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian pada jam 00:04:00 didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 2 buah kenderaan, sebuah van Nissan Vanette dan sebuah Proton Saga . Terdapat seorang mangsa lelaki, tersepit dibahagian pemandu van, manakala seorang lagi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. PKO bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan rescue tool dan seterusnya mangsa diserahkan kepada KKM. Operasi menyelamat tamat pada jam 00:50:00.

Kredit: Bomba Muar
 
Back
Top
Log in Register