BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Bahaya 'High Fructose Corn Syrup'

Rahsiaku

Freshie
Messages
36
Joined
Jul 9, 2014
Messages
36
Reaction score
9
Points
16
Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.

HFCS sepatutnya disenaraikan dalam senarai teratas sekali sebagai kandungan bahan makanan yang merbahaya kerana ia tiada serat dan mengubah sifat glukos kepada fruktos yang lebih manis. Ia juga mengandungi kalori yang tinggi. Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.

Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin - unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.

Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.

Elakkan dari membeli produk-produk yang mengandungi HFCS. Lebih baik anda dapatkan gula semulajadi dari buah-buahan kerana di situ terdapat fiber dan anti-oksidan.

Antara kenapa Sirap Jagung Fruktosa Tinggi bahaya:

1. Risiko Besar Kenaikan Berat Badan dan Obesiti – Kajian daripada Princeton University mendapati tikus yang diberi makan HFCS naik lemak sebanyak 300% lebih cepat berbanding yang diberi makan sama (atau lebih sedikit) hidangan gula buah-buahan.

2. Meningkatkan risiko pembangunan Diabetes Type-2 – Penggunaan HFCS boleh membawa kepada peningkatan besar dalam kemungkinan mendapat diabetes.

3. Tekanan Darah Tinggi dan Meningkatkan Tahp Kolesterol “Tidak Baik” – HFCS bukan sahaja membuat lemak badan tetapi juga lemak jantung. Ini akan menyebabkan plak arteri terbina dan membawa kepada masalah jantung termasuklah tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga strok.

4. Sirap Jagung Berfruktosa Tinggi dan Kerosakan Hati – Hati, buah hempedu dan buah pinggang memproses HFCS. Dan ia terutama merosakkan hati anda.

5. Pendedahan Mercury dari HFCS – Pendedahan Mercury boleh menyebabkan otak tidak dapat dipulihkan dan kerosakan sistem saraf.
 
fructose mmg bkn makanan manusia. dlm gula pasir pun byk menda ni.
penyebab obesiti utama selepas lemak
 
contoh makanan yg ada 'High Fructose Corn Syrup' ni ape? :-?
 
contoh makanan yg ada 'High Fructose Corn Syrup' ni ape? :-?

Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) ialah:
•sebahagian besar produk Kellog's
•sebahagian besar produk Heinz
•sebahagian produk Kraft
•sebahagian produk cokelat Hershey's
•ais krim
•Pepsi
•Coca-Cola
•Sprite
•A&W
•produk minuman Capri-Sun
•emping jagung
•minuman berkarbonat
•minuman jus campuran
•coklat
•produk susu
•jem
•sos cili dan tomato
•sos lada hitam
•sos tiram
•minuman kopi segera
•roti
•muffin
•kek
•snek
•butter
•pastri
•biskut
•bijirin
•ubat batuk
•ubat batuk Vicks
•yogurt
•sup Campbells
...dan banyak lagi.
 
Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) ialah:
•sebahagian besar produk Kellog's
•sebahagian besar produk Heinz
•sebahagian produk Kraft
•sebahagian produk cokelat Hershey's
•ais krim
•Pepsi
•Coca-Cola
•Sprite
•A&W
•produk minuman Capri-Sun
•emping jagung
•minuman berkarbonat
•minuman jus campuran
•coklat
•produk susu
•jem
•sos cili dan tomato
•sos lada hitam
•sos tiram
•minuman kopi segera
•roti
•muffin
•kek
•snek
•butter
•pastri
•biskut
•bijirin
•ubat batuk
•ubat batuk Vicks
•yogurt
•sup Campbells
...dan banyak lagi.

Yogurt bukan elok makan ke.. Aku da la suke makan yogurt. Kene kurangkan la pasnih :(~X(~X(
 
Saya pun same..byk kot faveret kat atas tu..kena control dah lepas ni..patutla sedap semacam jew sume.
 
Back
Top
Log in Register