BTC USD 82,979.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

` INFO AUTO - Tips Penjagaan Tayar Kereta

tebbaloi

Legendary Member
gem
Messages
13,457
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
juz additional info kepada semua warga CG.. walupun semua dah tau benda general mcm ni.. hehe.. harap info disini lengkap sebagai panduan anda pemilik kenderaan di CG.. happy reading :)cgrock :)cgrock

Tips Penjagaan Tayar Kereta

by Mizan @ Tuan Tanah

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai, Prhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas dikilangkan.


KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar.
Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci.
Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.


KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Sekian...


Tyre Maintenance

by manoon

tayar.jpg


This includes checking all suspension components to ensure there are no worn parts before they cause costly problems and a computer four wheel alignment. Please note, once a wear pattern has started, the wear pattern will continue even after the alignment, so if you plan to purchase new tires, get your alignment immediately following. Have your vehicle aligned at least once a year and sooner if you notice the following: Excessive or uneven tire wear, steering wheel pulls to the left or right, feeling of looseness or wandering, steering wheel is not centered when car is moving straight ahead.


Tip Tukar / Beli Tayar Kereta

edited by deensokmo

tyre-sidewall.jpg

Ada segelintir di antara kita telah mengetahui perkara ini, tapi bagi mereka yang belum gunakan ini sebagai panduan. Saya pun tak tahu ini kali berapa ader yang post pasal tayar...anggaplah ini sebagai ilmu.

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau Sentra standard, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 16 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 17 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 5 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.

Sekian


jetturboextreme.

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, inibermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap manaanda menggunakan kenderaan.


info lain
​
lagi info dari tokputih mengenai kod pada tayar di sini

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??


download kitab tayar kat sini http://www.scribd.com/full/36852258?access_key=key-143b4o3jt7148j0z1isl
 
Last edited:
credit to tuantanah, manoon & deensokmo.. klik nama diorang dan link akan re-directed :)cgrock

more info here



Tingkat Jangka Hayat Tayar

Sumber : BERITA HARIAN 11.6.2010

Tayar komponen terpenting dalam memberi keselamatan kepada kereta. Penjagaan tayar pula memberi impak dalam kos penyelenggaraan kereta.

Kos penyelenggaraan kereta sangat mahal tanpa mengira jenama dan model. Jadi, amat penting mengetahui beberapa panduan penjagaan untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta.

Pertama, anda perlu tahu ada panduan mudah untuk dipatuhi jika ingin menjaga tayar supaya tahan lebih lama.

Tetapi jangka hayat tayar kereta boleh tahan lama bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut :

• Jenis permukaan jalan raya bagi laluan pemanduan anda setiap hari.

• Suhu kepanasan jalan raya – ia membuatkan tayar cepat haus.

• Penjagaan dan penyelenggaraan semua bahagian komponen kereta yang lain.

• Bagaimana anda menjaga semua tayar kereta anda.

Keadaan jalan yang tidak dijaga menyebabkan kenderaan kita menerima tekanan dan ia membuatkan kos penyelenggaraan kereta meningkat. Dalam hal ini, kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua itu bergantung kepada pihak yang terbabit dengan penjagaan dan penyelenggaraan jalan.

Cuma sebagai pengguna, elakkan melalui jalan yang diketahui rosak atau sedang dalam pembaikan. Jika terpaksa juga melaluinya, pandu dengan berhati-hati dan perlahankan kenderaan.

Oleh itu, kita perlu menjadi pemandu bijak jika tidak mahu kos penyelenggaraan kereta meningkat.

Keadaan keseluruhan kereta penting untuk memainkan peranannya supaya tayar berfungsi dengan baik.

Oleh itu, ketika menukar tayar baru anda dinasihatkan membeli jenama, model dan saiz yang betul. Ia penting kerana jika anda membeli tayar berlainan saiz ia memberi impak meningkatkan penggunaan petrol kereta. Saiz tayar yang salah meningkat kos penyelenggaraan kenderaan anda. Jadi, gunakan saiz yang betul.

Corak pemanduan seseorang boleh mempengaruhi jangka hayat tayar. Gaya pemanduan kasar seperti kerap memecut dan menekan brek membuatkan tayar cepat haus.

Kenderaan yang kerap kali memecut di jalan yang tidak rata dan berlubang akan mengalami pemanduan yang susah dikawal. Jika ini berlaku, pemandu perlu menghantar kereta untuk penjajaran tayar yang disyorkan sebanyak dua kali atau lebih dalam setahun.

Penjajaran tayar penting untuk mengekalkan jangka hayat tayar kereta. Kereta yang mempunyai masalah penjajaran (alignment) akan mengakibatkan tayar mengalami kehausan tidak sekata.

Selain penjajaran, anda perlu melakukan putaran tayar (balancing) seperti disyorkan dalam manual kereta. Putaran dilakukan supaya semua empat tayar mengalami kehausan sekata.

Mekanik akan menukar kedudukan tayar jika semua tayar bersaiz yang sama supaya penggunaannya sekata.

Ini boleh meminimumkan kos penyelenggaraan kereta setiap bulan. Pada setiap tayar, jumlah tekanan angin maksimum tertera pada dinding tayar.

Anda tidak digalakkan mengisi tekanan angin dengan kadar maksimum kerana ketika memandu, tahap suhu tayar meningkat dan pasti akan meningkatkan tekanan angin tayar.


Kenal dan faham akan tayar kereta anda

http://taipingilmu.blogspot.com/2008/08/kenal-dan-faham-akan-tayar-kereta-anda.html

Ramai pemilik kenderaan kurang faham tentang ilmu tayar kereta. Ramai yang beli tayar hanya pentingkan harga. Harga mesti murah, dan tayar mesti cantik.

Tayar yang di pasang pada kenderaan baru adalah tayar kelas A dan tidak perlu di timbang atau di lekat dengan timah atau pemberat. Tayar itu semasa digred di kilang dia sudah 100% memuaskan. Tayar tersebut akan ditempah oleh kilang-kilang pemasangan kensderaan di dalam atau di luar negara.

Tayar yang terdapat di kedai-kedai tayar adalah dari kelas yang kurang sikit lah. bahasa mudah kelas B dan C. Setiap tayar yang dibuat mempunyai tanda tarikh pengeluarannya. Ini ramai orang tak tahu. Sebab itu ramai yang telah diperdaya oleh peniaga dengan menjual tayar yang sudah lama berada di stok kedai. Pakai setahun dua tayar akan bengkak atau meletup.

Nak tengok tarikh pembuatan tak lah susah sangat. Sebelum membeli minta untuk melihat tarikh pembuatannya , sudah tentu peniaga tahu anda perihatin dan berilmu sikitlah bab tayar ini. Ada 4 digit saja angkanya. dengan palang di tengah. seperti (34/06) Digit 34 menunjukkan minggu ke 34 dan digit 06 ialah tahun 2006, tahun pembuatannya.

Jangka hayat tayar ialah 5 tahun, lebih dari ini anda berada dalam bahaya. satu tips lagi ialah angin atau tekanan udara dalam tayar. Jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah. pasti angka ini bila mengisi angin. 30 atau 200.

Ada seorang rakan ,kisah lama dulu lah. semasa tayar tubeless di perkenalkan di pasaran kita. kereta itu ialah Ford Laser brand new. Selepas beberapa minggu dengan tayar tersebut dia pergi tukar kepada tayar yang pakai tiub, bila di tanya , kenapa dia tukar tayar tu.? Orang cakap tayar tak ada tiub tak bagus kena pakai yang guna tiub. Aku senyum saja lah, no komen kat dia.

Satu lagi ialah pusingan tayar. kalau anda baca manual kereta baru, ada araha supaya buat rotation .Boleh ikut kalau tayar jenis boleh pusing dua hala. tetapi tayar yang jenis pusing satu arah atau satu arah boleh abaikan arahan tersebut.

info kat mesra.net http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t98524.html

Tahukah anda mengenai detail tentang spec tayar anda..............
Contoh : Maksimum speed tayar anda mampu tampung, Maksimum load tayar anda mampu tampung dan lain2 lagi....................

tyre-sidewall-small.jpg


kebanyakan tayar mempunyai kod dan marking di sebelah wall tayar.
Setiap kod melambang berapa maksimum load dan kelajuan yang boleh dibawa oleh tayar bekenaan.........

Contoh : 91V

91= Ini menunjukan berape maksimum load setiap tayar, kalau berdasarkan kod nie setiap tayar boleh menampung maksimum load sebanyak 615kg.

V= Simbol ini pula menunjukan maksimum kelajuan yang boleh ditampung oleh setiap tayar hanya 240km/j.

Presentation1-4.jpg


So kepada yang biasa bawa lebih dari 200km/j sila beri perhatian pada tayar anda jangan pakai tayar kod Q,R,S dan T.................
Utamakan keselamatan anda, keluarga dan juga kepada yang menumpang kete anda...........

Tarikh pembuatan dia ada tertera pada kod TIN (DOTXXXXXXX3005)......
Yang perlu diberi perhatian adalah 4 angka kat belakang tayar........

Contoh : DOTXXXXXXX3005
30 tu melambangkan minggu keberapa tayar nie dibuat
05 adalah tahun (2005)

Warranty daripada syrikat pengilang adalah dalam masa 5 tahun je lepas 5 tahun boleh dikonsider sebagai barang dah luput dan tak selamat........

sumber: www.mynismoclub.org.

 
Last edited:
bkn 4 thn ke tayar expired?TQ TT
 
Salam, thanks for the info.
Mmg sgt2 manfaat bg semua.
 
very..very..very good info....
aku guna tayar Falken sbb nak senyap....
rupanya kena hati2 time hujan sbb bunga nipis...
kena beringat nie.....
 
bkn 4 thn ke tayar expired?TQ TT

kalu refer kat lain² blog/posted, 5 tahun la bro.. cth kat blog ni

http://taipingilmu.blogspot.com/2008/08/kenal-dan-faham-akan-tayar-kereta-anda.html

nanti aku edit balik yg itu ok :)paid

info juga ada kat sini http://www.rusliesophian.com/2010/beli-tayar-jangan-tertipu.html


Beli Tayar Jangan Tertipu
Posted by rusliesophian on August 19th, 2010

Balik kampung dalam menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang tidak berapa lama lagi, tentunya masing-masing sibuk hantar servis kereta. Cuma nasihat saya, kalau boleh hantarlah ke bengkel yang kita kenal. Ini kerana pengalaman saya sendiri sebagai seorang bekas pengurus bengkel servis kereta mewah, banyak cara yang boleh dilakukan ‘kenakan’ customer. Kalau boleh tunggu sampai kereta siap diservis. Periksa satu persatu alat-ganti yang ditukar. Itu sebagai ingatan!

DSCN0139-21-300x225.jpg

Ini juga satu peringatan penting! Bila beli/tukar tayar kereta, jangan sampai tertipu. Jangka hayat tayar kereta itu cuma 5 tahun. Kalau dah lebih pada itu, sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Ia akan membuat kereta kita terasa bergegar dan kurang cengkaman. Ini menyebabkan kereta mudah terbabas di selekoh yang licin.

Ini pernah terjadi pada seorang kawan saya yang membeli sebuah kereta terpakai. Kereta itu dah 2 tahun duduk dalam showroom used car dealer kerana tak ada pembeli. Kawan saya ini minat sangat pada kereta keluaran Italy, dia terus beli. Saya nasihatkan dia tukar tayar kereta. Tapi dia degil. Katanya tayar masih cantik lagi dan bunga masih tebal.

Dia pandu kereta itu ke Kuala Terengganu. Dari sana dia call saya bagitahu dia cukup puas hati pada kereta itu. Tayar juga tidak ada apa-apa masalah. Katanya, dia mengambil selekoh dalam kelajuan yang tinggi cengkaman tayar itu cukup mantap. Tetapi keesokkan hari dalam perjalanan balik ke KL, dia call saya dalam nada suara yang tersedu-sedu. Saya tanya kenapa? Katanya keretanya baru saja terbalik keempat-empat tayar ke atas dekat selekoh Marang.

Tayar masih elok dan bunga masih tebal, tapi kalau kereta itu dah lama tak bergerak, tayarnya dah keras. Bila dipandu, kereta mula melantun-lantun, dah jadi macam kereta Charlie Chaplin. Kepada kawan-kawan yang suka beli tayar terpakai terutama tayar import, nasihat saya, hentikan! Akibat nak jimat duit, kereta boleh terlibat dalam kemalangan dan kemungkinan nyawa melayang.

Beli tayar baru pun harus hati-hati juga, jangan tertipu! Pernah juga terjadi pada seorang lagi kawan. Dia dah tukar empat-empat tayar baru, datang jumpa saya minta nasihat kerana dia terasa keretanya melantun. Terkejut juga saya kereta buatan Jerman boleh melantun. Cuma kurang sikit pada kereta Charlie Chaplin. Tapi adalah lebih kurang macam kereta Mr. Bean.

DSCN0140-300x225.jpg

Apabila saya teliti pada tayar yang dia baru pasang itu, rupa-rupanya tayar itu dah berusia lebih pada 6 tahun. Sedangkan jangka hayat sesebuah tayar hanya 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan oleh kilang. Apabila menggunakan tayar yang sudah berusia lebih pada 5 tahun, ini akan membuatkan kita berkawan rapat dengan Charlie Chaplin dan Mr. Bean. Tetapi Michael Schumacher akan menjauhkan diri dari kita.

Okey, macam mana kita nak tahu usia tayar itu! Kalau dilihat pada kedua-dua gambar yang saya publish ini, pada bahagian tepi tayar itu, ada tercatat minggu dan tahun tayar itu dikeluarkan. Kedua-dua gambar ini adalah dari kereta saya sendiri.

Satu tercatat 5107 – bermakna tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-51 tahun 2007. Satu lagi tercatat 0208 – dikeluarkan pada minggu ke-2 tahun 2008. Ini bermakna tayar-tayar ini belum menjangkau usia 3 tahun lagi. Masih elok dan memang masih boleh digunakan.

Tetapi harus diingat, meskipun tayar yang berusia kurang dari 3 tahun, seandainya sudah dipasang pada kereta dan kereta itu sudah 2 tahun tak bergerak, keadaan tayar itu sudah jadi keras. Daripada membahayakan nyawa kita, lebih didermakan untuk dijadikan tukum tiruan.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register