BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indonesia bebaskan bot nelayan Malaysia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
CsMl9NhVMAAz_N0.transformed.jpg

LUMUT: Sebuah bot nelayan tempatan yang membawa lima awak-awak dibebaskan semalam selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, berhampiran Pulau Jarak dekat sini, Ahad lalu

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pusat Operasi Markas TLDM menerima satu panggilan kecemasan daripada Rakan Maritim (Rakam) mengenai penahanan itu pada pukul 3.15 petang, Ahad lepas

Berikutan itu, TLDM melancarkan operasi bersepadu menggunakan sebuah pesawat Super Lynx dan dua kapal KD Handalan serta KD Laksamana Tun Abdul Jamil bagi memintas pihak berkuasa Indonesia sekaligus mengelak bot berkenaan ditunda ke kawasan perairan negara jiran

"Bagaimanapun, bot berkenaan ditunda ke Belawan, Indonesia, namun TLDM telah membuat rundingan awal dengan pihak berkuasa Indonesia mengenai kejadian tersebut

"Hasil rundingan diplomasi dan hubungan akrab serta semangat setiakawan antara Malaysia dan Indonesia telah membawa kepada pembebasan bot itu kira-kira pukul 9.30 pagi semalam," demikian menurut kenyataan TLDM di sini hari ini

Kesemua awak-awak berkenaan dilaporkan selamat tiba di Pantai Remis dekat sini semalam

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192433
 
6 Jan 2018 - KD Jerai yg melaksanakan operasi rondaan di laut berjaya membuat rundingan dengan Penguatkuasa Indonesia bagi melepaskan bot nelayan tempatan yang ditahan tengahari tadi.

26219451_1774349809251127_5106027375915826687_n.jpg
 
Hasil rundingan diplomasi dan hubungan akrab serta semangat setiakawan antara Malaysia dan Indonesia

akrab lah sangat..
 
Maknanya indon la menceroboh perairan mesia
 
Back
Top
Log in Register