BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Individu Perlu Miliki Integriti Tinggi Sebelum Diberi Tanggungjawab

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
e0c090f178872355a42505fae3a6baac6850303739fc5


Integriti seseorang individu perlu dipastikan sebelum mereka diambil bekerja dalam mana-mana organisasi, terutamanya bagi jawatan melibatkan amanah dan tanggungjawab awam.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham berkata integriti tidak seharusnya hanya dipupuk sepanjang kerjaya seseorang, sebaliknya sudah wujud dan menjadi nilai asas dalam diri individu sebelum memasuki perkhidmatan.

Beliau berkata demikian semasa temu bual bersama Bernama TV bertajuk Harga Sebuah Integriti: Ancaman dan Fitnah, kekuatan sesebuah organisasi atau negara bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki.

Justeru, individu yang diberi tanggungjawab melibatkan kepentingan negara dan orang awam di Malaysia mesti memiliki tahap integriti yang tinggi kerana nilai itu mencerminkan kualiti mereka.

Ahmad Rosli berkata kepentingan integriti turut dizahirkan dalam perundangan negara, khususnya apabila pelanggaran integriti sering dikaitkan dengan kesalahan rasuah.

Beliau berkata pelanggaran berkaitan integriti melibatkan rasuah diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah di bawah undang-undang antirasuah.

Ahmad Rosli turut menekankan bahawa rakyat perlu berpegang kepada nilai yang kukuh, termasuk keikhlasan dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Tidak kira betapa mahir atau bijak seseorang itu, jika integriti tiada, orang itu boleh menjadi antisosial dan membawa masalah dan bukannya berguna kepada organisasi atau negara,” katanya.

Beliau berkata negara yang dibelenggu rasuah akan berhadapan dengan projek yang gagal, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan hakisan kepercayaan orang awam terhadap pihak berkuasa.

 
Yang dekat atas pun rotten macam mana orang nak ikut.
Macam ketam ajar anak berjalan lurus.

Sebab rotten ? Masing2 gila harta dunia..

Bila nak lantik pemimpin pegang jwtn.. apa2 je lah jwtn sekalipun.. Kau takleh cari yg jenis gila harta dunia..

Sbb tu kau x jumpa pemimpin yg bagus..

Ending nya apa ? Lantik pemimpin sampah.. rotate benda yg sama smpi mampos..

Rakyat lantik wakil rakyat sampah.. ?
Wakil rakyat sampah lantik kepimpinan kerajaan yg sampah..

The cycle continue !!
 
Sebab rotten ? Masing2 gila harta dunia..

Bila nak lantik pemimpin pegang jwtn.. apa2 je lah jwtn sekalipun.. Kau takleh cari yg jenis gila harta dunia..

Sbb tu kau x jumpa pemimpin yg bagus..

Ending nya apa ? Lantik pemimpin sampah.. rotate benda yg sama smpi mampos..

Rakyat lantik wakil rakyat sampah.. ?
Wakil rakyat sampah lantik kepimpinan kerajaan yg sampah..

The cycle continue !!
biasa yang rotten ni dulu tawar diri jadi pemimpin.
Yang bagus mengelak sebab taknak dipertanggungjawabkan.
 
Back
Top
Log in Register