BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia Meningkat Kepada 120.6 Mata Indeks Pada 2024

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,163
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,163
Reaction score
346
Points
141
72920a88d3569c780592a0e53adcbc6a686f393a3cff1


Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2024 meningkat kepada 120.6 mata berbanding 119.4 pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata subkomposit ekonomi kekal sebagai penyumbang utama melalui peningkatan 2.2 mata indeks kepada 128.8, diikuti subkomposit sosial 1.1 mata indeks dan subkomposit alam sekitar 0.2 mata indeks pada 2024 berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi subkomposit ekonomi, komponen pendapatan dan pengagihan merekodkan peningkatan tertinggi pada 2024 iaitu 5.9 mata indeks, diikuti pengangkutan dengan 3.4 mata indeks dan komunikasi 0.1 mata indeks.

“Pencapaian ini menandakan pemulihan ekonomi yang semakin kukuh serta pengagihan pendapatan yang lebih seimbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dari segi subkomposit sosial, beliau berkata peningkatan indeks dicatatkan melalui enam komponen iaitu penyertaan sosial 5.1 mata indeks, tadbir urus 4.7 mata indeks, perumahan 1.7 mata indeks, hiburan dan rekreasi 1.7 mata indeks, kebudayaan 0.4 mata indeks serta keselamatan awam 0.1 mata indeks.

Mengenai subkomposit alam sekitar, beliau berkata ia turut menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan dalam komponen udara 1.1 mata indeks dan sumber biodiversiti 0.2 mata indeks.

“Penambahbaikan indikator alam sekitar memberi tumpuan kepada pelepasan gas rumah kaca, akses kepada air paip yang dirawat serta keluasan hutan yang dilesenkan untuk pengusahasilan,” katanya.

Berkongsi pencapaian di peringkat negeri, Mohd Uzir berkata kebanyakan negeri mencatatkan peningkatan, dengan Kelantan merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 2.0 mata indeks, diikuti Kedah dan Sarawak masing masing mencatatkan 1.8 mata indeks serta Sabah 1.3 mata indeks.

Sarawak, katanya mencatatkan peningkatan paling ketara dalam subkomposit ekonomi 3.7 mata indeks, Kedah merekodkan peningkatan tertinggi dalam subkomposit sosial 3.0 mata indeks manakala Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam subkomposit alam sekitar 4.7 mata indeks.

 
Back
Top
Log in Register