BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imarah masjid, surau menerusi program ilmu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Shahrizal menunjukkan ruang solat wanita yang dipenuhi air hujan.​

ALOR PONGSU - Kesucian masjid dan surau perlu dipelihara dengan memperbanyakkan program pengimarahan bersifat keilmuan sepanjang masa.

Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Meor Redwan Mahayuddin berkata, usaha mengimarahkan surau secara berterusan amat penting bagi memastikan pembentukan keperibadian murni umat Islam dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.

Menurutnya, program mengimarahkan surau dan masjid amat penting dalam menggalakkan pembentukan modal insan dalam kalangan generasi baharu umat Islam.

"Pada masa sama, institusi keagamaan perlu dijadikan pusat penyatuan umat Islam dalam menangani cabaran masa kini dan tidak wajar dicemarkan dengan aktiviti negatif yang menjadi punca kepada perpecahan umat," katanya ketika berucap merasmikan Surau Nurul Hasaniah, Parit Abu Hassan di sini kelmarin.

Hadir sama, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan penantian lebih 10 tahun penduduk Kampung Parit Abu Hassan untuk mendapatkan surau baharu bagi menggantikan yang lama akhirnya tercapai.

Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, melalui sumbangan kerajaan negeri dan sebuah syarikat korporat, dana berjumlah lebih RM100,000 berjaya dikumpulkan.

Projek membina semula surau itu dijalankan pada Januari lalu dan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.

Surau baharu itu dapat memuatkan kira-kira 500 jemaah pada satu masa.
 
Back
Top
Log in Register