BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IHH, Sime Darby bersaing

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 6 Mei - Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan IHH Healthcare Bhd. (IHH), dilaporkan sedang bersaing untuk membeli Mahkota Medical Centre di Melaka bernilai AS$250 juta (RM875 juta) milik syarikat yang berpangkalan di Singapura, Health Management International Limited.

Kedua-dua syarikat itu dikatakan telah menghantar pembidaan masing-masing untuk membeli hospital tersebut, menurut sumber yang mengetahui transaksi tersebut.

Pembidaan itu dibuat selepas Health Management International Limited mengadakan kerjasama dengan perbankan Credit Suisse Group AG untuk menjayakan penjualan hospital tersebut, bulan lepas.

Sime Darby dan IHH dikatakan berminat terhadap hospital tersebut memandangkan ia menawarkan perkhidmatan kesihatan berteknologi tinggi selain mencatatkan 287,000 pesakit bagi tahun kewangan yang lalu.

Selain itu, demografi penduduk di rantau Asia Pasifik yang semakin berumur serta peningkatan golongan pertengahan dijangka membuatkan keperluan perkhidmatan kesihatan semakin meningkat.

Menurut firma penyelidikan pasaran, Frost & Sullivan, perbelanjaan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dijangka mencecah AS$2.2 trilion (RM7.7 trilion) menjelang 2018.

Mahkota Medical Centre yang dibuka pada 1994 menawarkan kapasiti 266 buah katil berjaya mencatatkan pendapatan sebanyak RM212 juta pada 2014 sehingga Jun, menurut laporan tahunan Health Management International Limited.

Hospital itu yang terletak lebih 100 kilometer dari Kuala Lumpur turut mempunyai pejabat perwakilannya di Indonesia, Kemboja dan Singapura dalam usaha menarik pesakit-pesakit dari luar negara.

Menurut laporan Bloomberg, Sime Darby, IHH dan Health Management International Limited yang cuba dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berita itu enggan memberi sebarang reaksi.

Bagaimanapun, jurucakap IHH dan Sime Darby hanya menyatakan masing-masing sentiasa mencari peluang perniagaan baharu untuk meningkatkan portfolio masing-masing serta membawa pulangan kepada pemegang saham syarikat.

Health Management International Limited mempunyai 48.95 peratus kepentingan di dalam Mahkota Medical Centre dan dikatakan baki pemegang kepentingan yang lain turut berhajat menjual kepentingan mereka di dalam hospital tersebut. – AGENSI
 
Back
Top
Log in Register