eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MANHATTAN: Penyanyi yang sering muncul dengan fesyen melampau, Lady Gaga, berangan-angan untuk mati di atas pentas sebagai bukti cintanya terhadap kerjaya.
Justeru, katanya, dia berharap dapat menghembus nafas terakhir di atas pentas, tetapi tidaklah ketika mengadakan persembahan.
“Saya tak mahu mati ketika menghiburkan peminat, sebaliknya mahu menghembus nafas terakhir dalam keadaan tenang bersama mereka,” katanya.
Lahir dengan nama Stefani Germanotta 24 tahun lalu, Lady Gaga mengikut pengajian muzik di Universiti New York tetapi meninggalkan kursus itu separuh jalan bagi membolehkannya menjadi penyanyi rock di Lower East Side, Manhattan.
Album pertama Lady Gaga, The Fame, diterbitkan pada Ogos 2008 dan namanya benar-benar melonjak melalui dua lagu daripada album berkenaan, Just Dance dan Poker Face.
Album itu turut dicalonkan dalam enam kategori bagi Anugerah Grammy.
Kini popular dengan lagu Telephone, Lady Gaga bagaimanapun berkata, dia berharap detik itu tidak datang ketika ini kerana dia masih sibuk menjayakan siri konsert jelajah dunia keduanya, Monster Ball, dijadual hanya berakhir pada 18 April tahun depan.
Sejak dilancarkan pada November tahun lalu, katanya, dalam setiap pertunjukan, semua tiket habis terjual.
“Sambutan amat menggalakkan itu menyebabkan saya semakin menyayangi peminat,” katanya.
Di sebalik kesibukan beraksi, sahabatnya, Janet Jackson, menasihatinya supaya tidak memberi tumpuan keterlaluan sehingga mengabaikan rehat.
“Saya rasa dia perlu bersantai seketika dan memanjakan diri,” katanya.
Namun, Lady Gaga enggan.
Sebaliknya, kata Lady Gaga, dia ada cara tersendiri untuk menghilangkan kelelahan hasil aktiviti amat dicintainya itu.
“Saya tahu saya bekerja terlalu keras dan memaksa diri.
“Saya juga tahu mengambil arak akan membunuh saya satu hari nanti,” katanya. - Agensi