wak_handalan
Super Active Member
- Messages
- 6,680
- Joined
- Feb 8, 2010
- Messages
- 6,680
- Reaction score
- 59
- Points
- 80
Oleh Ibrahim Isa
[email protected]
2010/04/06
BATU PAHAT: Akibat menghadapi tekanan perasaan dan sentiasa dirundung kekecewaan termasuk melahirkan anak cacat, seorang wanita yang masih dalam pantang bertindak luar dugaan menikam dua anaknya dengan gunting ketika mereka nyenyak tidur di rumahnya di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.
Suri rumah berusia 39 tahun itu dikatakan pernah menerima rawatan sakit mental setahun lalu, tetapi pulih hingga melahirkan anak kelima iaitu bayi perempuan tunggal, 26 Mac lalu.
Bagaimanapun, lima hari selepas melahirkan, bapanya meninggal dunia menyebabkan wanita itu dikatakan tertekan, manakala bayi perempuannya disahkan menghidap sindrom Down dan kini masih di bawah jagaan Hospital Batu Pahat (HBP) di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek memasuki bilik anaknya yang sedang tidur sebelum menikam belakang mereka menggunakan gunting.
“Mangsa yang masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, menjerit kesakitan akibat tikaman itu menyebabkan suami suspek yang tidur di bilik utama terjaga.
“Suami suspek, seorang jurutera berusia 40 tahun, meluru ke bilik anaknya dan mendapati isterinya memegang gunting manakala kedua-dua anaknya menangis kesakitan.
~X( ~X(