BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Nur Hani Rynna dicari

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
image.jpg

Norshahfiza Sharani

SHAH ALAM – Ibu kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Nur Hani Rynna Syamimy Abdul Raafi’ dicari bagi menyelesaikan masalah dokumentasi kanak-kanak berkenaan.

Penjaganya, Wan Siti Norantikah Wan Yahya, 26, berkata, dia menjaga Nur Hani sejak dua tahun lalu selepas ibu kanak-kanak tersebut, Norshahfiza Sharani, 32, memintanya untuk menjaga anaknya selama lima bulan.

“Mula-mula dia minta saya tolong jaga lima bulan sahaja sebab nak sambung belajar. Tapi, lepas tempoh tu saya telefon, dia bagi alasan nak praktikal pula dan minta saya jagakan lagi empat bulan. Lepas empat bulan, saya telefon lagi dia cakap kena ulang praktikal lagi sekali dan minta saya tolong jaga lagi.

“Sampai masa...dia bagi alasan nak pindah rumah dan perlu tunggu lagi dua minggu. Sampailah ada seorang lelaki datang, dakwa Norshahfiza yang minta dia ambil Nur Hani daripada saya. Saya tak bagi sebab tak yakin dan saya hanya nak ibu kandungnya sahaja yang datang kalau mahukan Nur Hani,” katanya.

Menurutnya, dia cuba menghubungi Norshahfiza selepas itu, namun gagal.

"Alamat terakhir dikesan ialah di Pangsapuri Seri Bayu, Jalan Genting Klang, Setapak.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Norshahfiza, diminta hubungi saya di talian 019-5292331," katanya.
 
anak sah tarah pompan tu ker? kalau luar nikah selalunya mcm ni lah nak lepas tggjwb.
 
dah dua tahun berlalu, 'emak angkat' langsung takda maklumat tentang ibu budak tu ke ... no IC..
 
Tak sayang anak ke?

Sekali pun tak datang jenguk? :-?
 
Nak sedap je. Bila dah jadi mula la cari cara nak buang.
 
Back
Top
Log in Register