BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu maut ditikam jiran

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
SERI MANJUNG: Seorang wanita berusia 32 tahun yang cuba menghalang pertengkaran anaknya dengan anak jiran terbunuh akibat ditikam dengan pisau di Taman Segari dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, V Kalarani mati di tempat kejadian selepas terkena tikaman ketika pertengkaran antara keluarganya dengan keluarga jiran, berhampiran rumah mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah, berkata mangsa dipercayai terkena tikaman suspek berumur 16 tahun ketika cuba menghalang suspek yang mengacukan pisau ke arah anaknya juga berusia 16 tahun

“Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara keluarga mangsa dan suspek. Ketika pertengkaran, suspek mengambil pisau sebelum mengacukannya ke arah anak mangsa.

“Pada masa sama, mangsa yang cuba menghalang terkena tikaman pisau berkenaan di dada dan menusuk ke jantung menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Pergaduhan itu tidak berakhir di situ apabila keluarga mangsa pula menyerang keluarga suspek menyebabkan suspek dan ayahnya yang berumur 44 tahun cedera ringan di kepala dan tangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Suspek dan ayahnya masih menerima rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM) manakala mayat Kalarani dihantar ke hospital sama sebelum dipindahkan ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat.

Shaharudin berkata, punca sebenar pergaduhan berkenaan masih dalam siasatan dan pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut sebelum membuat tangkapan dan keputusan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
 
Sayang mak kepada anak walau bergadai nyawa. Itu penikam kasi masuk henry gurney.
 
deyyyy thambeyyyyyyy ... akai ada ka mau tikam2 orang
 
sure campur mabuk ni...
 
pengorbanan seorang ibu yang kasihkan anak.. kesian..
 
Back
Top
Log in Register