BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu lima anak ditangkap khalwat

W810

Active Member
Messages
1,644
Joined
Apr 20, 2009
Messages
1,644
Reaction score
31
Points
30
"KAJANG 25 Okt. - Seorang ibu kepada lima anak yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan ke-18 pada 11 Oktober lalu, ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di rumah sewanya di Pangsapuri Seri Camelia, Sungai Chua, di sini tengah malam tadi.

Wanita berusia 37 tahun itu yang juga seorang pengusaha pusat kecantikan ditahan bersama seorang lelaki ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.

Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam itu, wanita berkenaan mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu rumah dan hasil pemeriksaan tidak menemui mana-mana lelaki.

Namun curiga melihat wanita itu, petugas JAIS memasuki rumah kosong di sebelahnya melalui pintu dapur dan menemui seorang lelaki berusia 31 tahun yang sedang bersembunyi dengan memegang kasut dan topi keledar.

Malah lelaki yang bekerja di sebuah syarikat francais dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak sanggup menyabung nyawanya dengan melompat dari rumah wanita terbabit ke rumah kosong tersebut untuk bersembunyi.

Dalam pada itu, suami wanita terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Azman, 46, memanjatkan kesyukuran kepada Allah sejurus tiba di pangsapuri tersebut.

Katanya, dia bersyukur kerana teka-teki yang bermain di fikirannya berhubung kecurangan isterinya itu akhirnya telah terjawab.

''Selepas setahun memikirkan kesahihan kecurangan isteri saya, hari ini saya bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada saya.

''Saya percaya lelaki yang ditahan itu merupakan penyebab kepada proses penceraian kami yang masih belum tamat ketika ini,'' ujarnya.

Azman yang bekerja sebagai jurutera selain turut menjadi seorang usahawan pertanian, tinggal bersama anak mereka di Bandar Baru Bangi.

Katanya, dia terkilan kerana usaha kerasnya untuk menjadikan isterinya seorang usahawan berjaya sehingga pernah menghiasi majalah tempatan suatu ketika dahulu tidak dihargai oleh wanita berkenaan.

Jelasnya, hasil pernikahannya dengan wanita itu, mereka telah dikurniakan tiga anak perempuan serta dua lelaki dan puteri sulung mereka kini sedang melanjutkan pengajian di luar negara.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan."
 
Last edited:
x sedaq diri la pompuan nih...
buat malu agama aje...
nauzubillah...
 
erk... kajang, kawasan aku tu.. tapi sg chua tu, kawasan eboss tu...

eboss ape cte??
 
eboss pandai..kalau tempat dia berlaku kejahatan..xdenyer dia copy paste ke CG..hihihihi..
 
Last edited:
pelik aku dengar berita macam nie...
ape lagi la yg dia nak..
 
eboss cuti kot ari nie... huhuhuu
 
ape yg wife2 zaman skang mahukn ek?

heran aku. :-?
 
aku pernah duk kat sungai ramal...taman seri kenari....:D
 
kat kampung aku pun 2 hari lepas kitorg wat operasi tangkap khalwat bersama pencegah maksiat..hasilnya, suami org umur 60 n bini org umur dkt2 40 kena tangkap khalwat dlm surau..malu giler sebab dlm suaru pun diorg blh wat projek..dahla tua..yg pempuan berbogel n yg lelaki sempat lari..siap tumbuk pegawai pencegah maksiat lagi masa kitorg gi umah dia utk tangkap semula..suami pempuan tu plak xde sebab ikut rombongan sultan kelantan pergi singapore sebab dia jadi tukang masak sultan..keesokan arinye, yg lelaki tu selambe je wat muka xbersalah gi berniaga n pergi masjid..
 
Back
Top
Log in Register