BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu `flying fox' disiasat polis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Ibu `flying fox' disiasat polis

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
A view of the sea
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Hulu Selangor: Polis mengambil keterangan seorang wanita yang memegang anaknya ketika melakukan aktiviti 'flying fox' di Kuala Kubu Bharu, di sini, baru-baru ini

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata wanita berusia 30-an itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, semalam.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti mengapa wanita terbabit melakukan perkara itu.


"Kes disiasat mengikut 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya ketika dihubungi tadi.

Terdahulu, media melaporkan polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat video menunjukkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti 'flying fox'.

Pada masa sama, video itu tular di laman Facebook hingga mendapat kecaman daripada ramai pihak berikutan wanita terbabit tidak mempedulikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu.

Disiarkan pada: November 15, 2022 @ 2:39pm
 
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
 
Buat gila. Naik jela sorang2

Pengusaha sekali panggil. Tengok safety dia pun cincai je
 
Back
Top
Log in Register