BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu bimbang anak hilang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Nur Fadzillah Milatusshamsi​

JEMPOL 28 Mei – Seorang ibu tunggal berumur 43 tahun dari Ayer Hitam dekat sini bingung ketika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan anak perempuannya yang menyatakan hasrat ingin mencari ketenangan hidup serta mencari Allah.

Siti Zaleha Ibrahim berkata, anaknya Nur Fadzillah Milatusshamsi, 17, sebelum itu menunggang motosikal bersama adiknya, Muhammad Asyraf, 13, ke sekolah namun hanya menurunkan adik lelakinya itu di hadapan pagar.

“Ketika menurunkan adiknya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat, Nur Fadzillah sempat memberitahu Muhammad Asyraf yang dia ingin lari dari rumah sambil menunjukkan pakaian yang dibawa di dalam beg sekolahnya.

Tambah Siti Zaleha, pada pukul 8.15 pagi semalam, dia bersama anak sulungnya ternampak motosikal Nur Fadzillah di hadapan sebuah kedai sebelum menerima SMS daripada anak perempuannya selang beberapa minit kemudian.

“Saya cuba menghubunginya namun gagal. Kerana risau akan keadaannya, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Hitam pada pukul 9.45 pagi,” katanya.

Anak kedua dari tujuh beradik itu mengalami masalah kemurungan sejak bapanya, Milatusshamsi Wagidun, 43, meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Katanya, NurFadzillah seorang yang pendiam dan merupakan pelajar cemerlang pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memperoleh 8A ketika belajar di SMK Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah sebelum berpindah ke SMK Lui Barat selepas kematian bapanya.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai Nur Fadzillah, boleh menghubungi talian 017-3013732 atau melaporkan di balai polis berhampiran.
 
Back
Top
Log in Register