BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu 4 anak kantoi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kedai serbaneka yang menjadi sasaran suspek untuk mencuri.
< 1 / 1 >
JEMPOL - Tindakan seorang ibu kepada empat anak untuk mencuri buat kali kedua di sebuah kedai serbaneka di sini, terbongkar selepas perbuatannya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV), petang kelmarin.

Sebelum ini, suspek berumur 46 tahun itu pernah mencuri di kedai sama pada 26 Disember lepas menggunakan modus operandi dengan meminta mangsa membuat salinan dokumen sebelum mencuri.

Namun, tindakannya itu memakan diri selepas pekerja serbaneka itu membuat pemeriksaan pada CCTV pada keesokan harinya (27 Disember lalu) setelah mendapati beberapa barang hilang.

Pekerja kedai serbaneka, Shuhelniwati Shukor, 33, berkata, pada 26 Disember lalu, kira-kira jam 2.20 petang wanita itu datang bersama rakannya berumur 40-an.

“Mereka datang meminta untuk membuat salinan dokumen (fotokopi) dan ketika salah seorang pekerja kedai sibuk menyiapkan salinan, mereka bertindak mencuri beberapa barang di kedai ini.

"Namun keesokan harinya, saya mendapati beberapa barang dekat kaunter hadapan dan bahagian belakang kedai hilang.

"Bagi mengetahui perkara sebenar, saya memeriksa CCTV dan terkejut melihat barang berkenaan dicuri dua wanita terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, pada 30 Disember lalu, suspek datang semula bersama rakannya yang lain dan menggunakan modus operandi sama, namun tindakannya itu tidak berjaya.

“Saya terus memeriksa CCTV sekali lagi bagi membuat pengesahan dan ternyata wanita tersebut sama dengan rakaman CCTV pada 26 Disember lalu.

"Ketika saya menahan dan bertanyakan mengenai barang dicurinya, wanita itu masuk semula ke dalam kedai dan memulangkan semua barang,” katanya yang memberitahu kedai itu mengalami kerugian kira-kira RM150.

Katanya, sejurus kejadian itu, mereka membuat laporan polis dan wanita berkenaan berjaya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.

“Suspek ditahan polis dekat kedai serbaneka itu pada hari sama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/ibu-4-anak-kantoi-1.236026
 
Ala 150 je pun....

Yg curi beribu-ribu malah berjuta-juta, tak pulak kena tangkap....polis...polis...
 
adoi..kalau xblurkan pon dah tau kedai apa..kui3 :D
 
Crita 150 pun nak masuk paper. Mcm takde kes yg besar lagi ke...
Bazir je beli sinar ni...
 
mcm mana nasib ibu tu, patutnya dia perlu fikir dgn ilmiah...
kerja jahat akan dibalas dgn jahat...
byk lg kerja dkt luar yg halal utk sara hidup...
bantuan kerajaan cukup byk diluar sana...
 
xpenah jumpa plak 7e ada potostat
 
Aduyaiiiii wat malu org jempol lak aiiiii... malu den
 
Back
Top
Log in Register