BTC USD 85,857.3 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadat Haji 2019

sopianothman

Fun Poster
Messages
970
Joined
Jan 22, 2009
Messages
970
Reaction score
31
Points
30
Perbincangan mengenai Topik Haji 2019 ada ke Kawan kawan CG sudah mendapat surat Tawaran ?

Kita boleh kongsi dan info info berguna mengenai Haji

Saya berumur 45 Tahun berdaftar 2012 dan giliran mengerjakan haji pada 2039 ..lama lagi tu inisiatif tahun ini saya membuat :
1) Rayuan TH - Gagal
2) Haji Travel Swasta - Gagal
3) Mencari Travel yang mendapat Visa Furada - Sedang diusahakan angaran kos dalam RM 35 to 50 K

Ada 2 lagi cara boleh mengerjakan haji seperti
1) Menggunakan Visa Negara Lain
2) Transit Kenegara ke tiga dan seludup masuk kesempadan

Kita cuba membincangkan mengenai ibadah dari segi persiapan ,ilmu ,aktiviti dan anggaran kos
 
tak ada sambutan..heheh....

ingat nak tanya pasal visa furada... ada orang offer rm45k (company besar).... mak kata tak payah pergi...tapi hati teringin nak pergi... aduh....

kalau sapa2 ada pengalaman pergi haji guna visa furada kongsi2 lah
 
Hari ni akan bermula kursus haji perdana Selangor di masjid negeri shah alam. Peserta2 Adalah yg dh dpt panggilan via surat tabung haji. Semua akan berkampung di masjid 3 Hari, jumaat, sabtu dan ahad.

Makan free utk peserta kursus dan gerai jualan brg haji serta food truck disediakan.

Jom makannnn ekekeke
 
Maktab jemaah haji Malaysia dipilih sertai kempen Green Haj

Malaysia-Arafah.png


Ogos 13, 2019 11:39 am

MAKKAH, 13 OGOS: Maktab 80, sebuah daripada sembilan maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia, dipilih kerajaan Arab Saudi untuk kempen Green Haj di Mina di sini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, kempen itu bertujuan menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan maktab jemaah haji dengan mengasingkan barang terbuang.

“Green Haj ini suatu usaha kerajaan Arab Saudi dikendalikan pihak Muassasah Asia Tenggara dan tahun ini mereka memilih beberapa maktab sebagai maktab contoh kepada Green Haj ini iaitu Maktab 80 mewakili Malaysia, empat lagi maktab Indonesia.

“Saya harap jemaah haji Malaysia sebelum meninggalkan Mina, mereka dapat membersihkan khemah mereka dengan sebersihnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran Kempen Kebersihan Masyair di Mina di sini yang turut dihadiri Ketua Muassasah Asia Tenggara Sheikh Emad Fatani dan Rais Maktab 80 Ali Hussin Bondagjji.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Lembaga Tabung Haji.

Syed Saleh berkata, Kempen Kebersihan Masyair yang dilaksanakan Malaysia sejak tahun lepas akan menjadi tambah nilai kepada kempen Green Haj itu.

“Memberi tambah nilai kepada konsep rahmatan lil alamin ini yang bukan sahaja kita jaga kebersihan diri kita, kebersihan beri rahmat kepada haiwan dan persekitaran kita,” katanya.

– BERNAMA
 
Alhamdulilah hari ini saya selesai melaksanakan Jammarat terakhir Nafar Thani dan insyallah saya dan isteri akan menyeelsaikan Umrah dimana kami buat Haji Ifrad.
Tahun ini kami join satu group tiada nama Travel .Kami menggunakan Visa Furada RM35K seorang
Visa Furada tahun ini kena bayaran lebihan RM 4.6 K untuk urusan Maktab.
Kami duduk di Maktab 96
 
PERHIMPUNAN UMAT ISLAM PADA MUSIM HAJI MENZAHIRKAN GOLONGAN YG HAQ & YG BATIL

1. Dalam surah al-Haj ayat 28, Allah SWT menyatakan antara hikmah haji adalah untuk menyaksikan banyak manfaat. Antara manfaat yg kita boleh dapati adalah mengenal perbezaan antara mereka yg bersama-sama majoriti umat Islam iaitu golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dgn golongan bid'ah sesat yg terasing daripada jemaah umat Islam.

2. Taqdir Allah SWT, ketika menunggu azan Maghrib semalam, saya berada berhampiran hamba Allah ini (gambar di bawah). Ketika azan Maghrib, dia lantas bangun lalu mengikuti azan dgn suara yg kuat sambil menambah "Asyhadu anna 'aliyyan hujjatullah" (Aku naik saksi bhw Ali adalah hujjatullah). Ketika solat sunat pula, dia tidak sujud di atas karpet sebaliknya sujud di atas lantai marmar. Ketika org selesai solat Maghrib, dia tidak bersama menunggu solat jenazah, sebaliknya solat Maghrib semula & menjamakkannya dgn Isyak. Kita sedia maklum, bahawa Syiah hanya mengikuti perbuatan imam Sunni sekadar taqiyyah tanpa berniat iqtida' (sebagai makmum). Bahkan menyebut "aamiin" bagi mereka membatalkan solat.

3. Inilah antara hikmah kita menunaikan haji. Semua umat Islam akan berkumpul tanpa mengira latar belakang mazhab. Namun dlm banyak hal, kaifiyat ibadah kita adalah sama di samping berkompromi dlm hal-hal furu' spt doa qunut dll. Semua ini kerana sumber rujukan utama kita, Ahli Sunnah Wal Jamaah tetap sama iaitu al-Quran & al-Sunnah.

4. Sebaliknya bagi golongan sesat, mereka tidak boleh berkompromi sama sekali dgn jemaah umat Islam lain. Ini kerana, golongan sesat spt Syiah memiliki tatacara ibadat yg "pelik" berbanding umat Islam lain. Lantaran itu, ulama mereka terpaksa memperuntukkan hukum-hakam khusus agar penganutnya sentiasa berpegang kpd taqiyyah (pura-pura) bg mengelakkan lebih banyak perkara "pelik" terbongkar ketika mereka bersama dgn majoriti umat Islam.

5. Namun begitu, masih ada penganut Syiah yg lurus bendul tidak segan silu menzahirkan pegangan mrk. Sedang kita bertalbiyah dengan talbiyah mentauhidkan Allah, mereka pula bertalbiyah meratapi Husain sambil bertawaf mengelilingi ka'bah. Sedangkan kita berdoa & berzikir dgn doa & zikir ma'thur pd hari Arafah, mereka pula berdoa meratapi Husain sambil memukul-mukul badan di dlm khemah. Sedang kita tulus melontar jamrah sebagai memperingati kisah Ibrahim melontar syaitan, Syiah pula membayangkan mrk melontar Abu Bakar, Umar & Uthman. Paling menghairankan setiap kali berarak pergi/balik dr jamrah mereka sering terjerit-jerit melaungkan "Labbaika ya Husain" berulang-ulang kali. Apa kena mengena Sydn Husain dgn manasik di jamrah?

6. Inilah kepelikan pegangan Syiah yang menyalahi majoriti umat Islam yg berada di atas landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka ini termasuk dlm golongan yg dinyatakan Allah SWT dlm surah al-Nisa' ayat 115:
(وَمَن یُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَیَّنَ لَهُ ٱلۡهُدَىٰ وَیَتَّبِعۡ غَیۡرَ سَبِیلِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ نُوَلِّهِۦ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصۡلِهِۦ جَهَنَّمَۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا)
Maksudnya: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

7. Akhir kalam, antara manfaat terbesar perhimpunan Islam setiap kali musim haji adalah untuk MENZAHIRKAN BAHAWA MAJORITI UMAT ISLAM TETAP BERADA ATAS KEBENARAN, mereka itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini bersandarkan sabda Rasulullah SAW:
إن أمتي لا تجتمع على ضلالة فإذا رأيتم الاختلاف فعليكم بالسواد الأعظم يعني الحق وأهله
Maksudnya: "Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan. Maka jika kalian melihat perselisihan, berpeganglah pada as sawaadul a’zham yaitu al haq dan ahlul haq” (HR. Ibnu Majah 3950, hadith hasan)

 
Back
Top
Log in Register