BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IAP bantu tarik pelabur

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Najib ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, kelmarin.


KERAJAAN akan memperkenalkan akaun pelaburan patuh syariah dikenali sebagai Investment Account Platform (IAP) pada tahun depan dengan dana permulaan RM150 juta.

Dalam pembentangan Bajet 2015 kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, IAP akan memberi peluang kepada pelabur dalam pembiayaan aktiviti keusahawanan dan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berdaya maju.

"Pada masa sama, lAP akan menarik pelabur institusi dan individu termasuk High Net Worth Individuals dalam pasaran kewangan Islam," katanya.

Menurutnya, bagi menggalakkan pelaburan dalam IAP, kerajaan mencadangkan pelabur individu diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan daripada pelaburan yang layak selama tiga tahun berturut-turut.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan produk Bon dan Sukuk Dagangan Bursa (ETBS) pada Januari 2013, untuk merancakkan terbitan dan urus niaga pasaran sukuk dan bon tempatan.

Katanya, kerajaan turut mencadangkan supaya Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan turut disenaraikan dan diurus niaga dalam ETBS.

Najib berkata, kerajaan turut melanjutkan pemberian potongan cukai bagi perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah selama tiga tahun lagi yang berakhir 2018.

Sehingga kini, industri kewangan Islam Malaysia meliputi 25 peratus daripada industri perbankan dari segi aset.

Manakala di peringkat antarabangsa, Malaysia kekal sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, merangkumi 60 peratus daripada pasaran sukuk global.
 
Back
Top
Log in Register