BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hutang

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
http://www.youtube.com/watch?v=KOOVd9WKJsQ&feature=youtu.be

copy paste dari blog

Tadi Dell berpeluang menonton 'Tanyalah Ustaz' di TV9 yang membicarakan tentang topik 'Sahabat' yang dikupas oleh Ustaz Mohd. Hanafiah Abdul Malek. Banyaklah juga persoalan yang ditanya oleh penonton merupakan masalah yang sering dihadapi oleh seseorang dalam persahabatan. Dell tertarik dengan persoalan HUTANG yang diutarakan oleh penonton yang berbunyi, "Ustaz, apa yang perlu kita lakukan terhadap mereka yang tidak mahu membayar hutang mereka kepada kita?"

JAWAPANNYA ialah JANGAN HALALKAN HUTANG WALAUPUN SATU SEN PUN KERANA DI AKHIRAT KELAK ORANG YANG BERHUTANG DENGAN KITA AKAN BERJUMPA DENGAN KITA. MEREKA INI AKAN MENANGGUNG DOSA-DOSA KITA. MEREKA INI ADALAH SAHAM KITA DI AKHIRAT.

Hal ini khusus kepada mereka yang memang sengaja tidak mahu membayar hutang kita. Sekiranya, kita memang pasti pahala kita banyak dan akan masuk syurga terpulang kepada kita hendak menghalalkan hutang-hutang tersebut. Jika tidak, mereka yang berhutang dengan kitalah merupakan saham kita di akhirat. Hendak maafkan kesilapan mereka, tidak mengapa tetapi jangan sekali-kali halalkan hutang.

NOTA :
"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati."
- Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-

*** Ianya terpulang kepada individu masing-masing. Kerana skop hutang ini sangat luas. Ada yang sehingga menyebabkan pemberi hutang sengsara dek kerana keengganan penghutang membayar balik hutang tersebut. Antaranya yang menjadi penjamin, pelaburan yang menipu, hutang dalam perniagaan dan lain-lain yang melibatkan ribuan, ratusan ribu dan jutaan ringgit malaysia.

Kenyataan ustaz ini supaya penghutang (yang sengaja tidak mahu membayar hutang) sedar bahawa walaupun perbuatan mereka dimaafkan tetapi hutang itu jika tidak diredhai dan dihalalkan oleh si pemberi hutang, mereka tetap akan sengsara di akhirat nanti.

Jadi, mereka tidak boleh ambil mudah setelah berhutang.


****
Petikan FB Khairy Tajudin:
Maulana Hamzah Bayan, beliau kata, "Jika kita sedekah, maka kita akan dapat pahala sekali sedekah. Tapi, kalau kita bagi hutang, selagi mana orang yang berhutang tu tak bayar hutang kita, maka setiap hari kita dapat pahala sedekah."

DALIL:
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan."
(Musnad Ahmad)
 
typikal melayu mmg liat bayar hutang.....
xtau plak org yg berhutang akan tanggung dosa si pemberi kat sane nt.....
 
biasa dalam masyarakat kita (terutama melayu) mengharapkan yang bagi hutang menghalalkan nya di hujung cerita... hmmmm
 
yang penting hutang kena tulis
ayat terpanjang dalam Quran ialah ayat panjang menyatakan pentingnya menulis hutang
 
hutang x boleh bayar,
tp kereta baru boleh keluar..

hutang xmampu bayar,
tp 1 keluarga jalan negeri luar..

hutang buat2 lupa,
tp boleh dok 1 table cite juta2..

hutang oh hutang,
b@n*&?< la aku bg dorang berhutang..
 
Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati

Banyak juga pelaburan sahama akhirat saya rupanya.

Senarai hutang yang masih belum bayar:

Bisnes SMS - RM50k
Bisnes sawit - RM50k+
Bisnes online RM20k

Yang kecil2 lain tu tak berapa nak ingat.

Semua saya tuntut kat akhirat.
 
Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati."
- Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor


noted tambahan...

hutang boleh dituntut pada waris atau ahli keluarga jika si pemiutang dah meninggal dunia..
jadi kita tuntut ikut ajaran agama kita dengan cara baik..
insya allah waris bagi..

Undang-Undang Pusaka Islam, Pelaksanaan di Malaysia, hikmah didahulukan pembayaran hutang daripada pelaksanaan wasiat ialah hutang tetap menjadi beban kepada orang berhutang sama ada ketika hidup atau sesudah mati.

Orang berhutang masih dituntut penghutang dan apabila dia meninggal dunia, menjadi tanggungjawab waris menjelaskan hutang. Wasiat adalah amal kebajikan semata-mata dan tiada kaitan dengan pihak ketiga.

Menurut jumhur ulama, hutang terhadap Allah tidak gugur walaupun seseorang meninggal dunia. Ia perlu dijelaskan menggunakan harta pusaka arwah walaupun tidak diwasiatkan supaya dijelaskan. Ia termasuklah zakat, kafarah, nazar, haji fardu dan sebagainya. Mazhab Shafie berpendapat bahawa hutang terhadap Allah perlu didahulukan pembayarannya sebelum hutang sesama manusia.

Jika ada hutang arwah yang bayarannya perlu dijelaskan setiap bulan atau ada hutang yang rumit diselesaikan, waris bertanggungjawab melantik seorang pentadbir yang akan menguruskan hutang sehingga selesai.

Anda dinasihatkan membuat surat kepada mana-mana institusi kewangan milik arwah memohon supaya segala transaksi akaun dibekukan sehingga sijil faraid dan perintah pembahagian dikeluarkan dengan menyatakan arwah sudah meninggal dunia dan menyertakan salinan sijil perakuan kematiannya. Berbincanglah secara baik dengan datuk dan nenek supaya menasihati ibu dan bapa saudara anda menyelesaikan hutang arwah dan pembahagian pusaka dengan kadar segera.
 
Last edited:
Hutang ini melibatkan manusia dan manusia. Sebab itu, hutang antara manusia akan belum selesai selagi ia belum dilunaskan. Terdapat dua hadis sahih di mana menyatakan:
1. Rasullah pernah tidak mahu menjadi imam dalam solat jenazah sekiranya jenazah itu belum melunasi hutangnya dan selepas itu ada sahabat yang sanggup untuk membayar hutang tersebut maka Rasullah mengimami solat jenazah itu.
2. Sekiranya seorang itu meninggal dunia dalam keadaan syahid (dijanjikan syurga) tetapi masih berhutang, maka dia akan tertangguh selagi hutang itu belum selesai.

Hutang walaupun 10 sen sekiranya tidak mendapat redha dari pemberi hutang, maka si penghutang akan mencari pemberi hutang di padang masyar nanti. Berat sebenarnya komplikasi dari hutang.. dalam Al-Quran dan Hadis banyak menekankan isu berhutang ini.

Saya ada juga memberi hutang dan juga berhutang. Alhamdulillah, saya tidak pernah menangguh hutang antara manusia dari dahulu hinggalah sekarang (individu atau bank) dan selalu cuba membayar secepat yang mungkin apabila berhutang dengan individu (kadangkala si pemberi hutang juga memberi hutang disebabkan beliau melihat anda berada dalam kesempitan walaupun duit tersebut beliau berhajat untuk membuat urusan yang lain).

Dahulu, saya ada marah-marah kepada individu yang berhutang kepada saya disebabkan saya amat berkehendakkan duit yang dihutangi. Tapi kini sekiranya ada penghutang yang saya lupa, saya niatkan menghalalkan duit tersebut. Dan yang masih saya ingati, saya menghantar satu surat seperti perjanjian yang menyatakan jumlah dan tarikh hutang tersebut dilakukan serta cara untuk menglunasinya. Terpulang pada penghutang untuk membayar atau tidak. Apabila melihat kembali kehidupan orang yang berhutang yang saya tidak redhai (jumlah yang riban-riban), mereka yang memang takde inisiatif untuk membayar walaupun RM10 sebulan.. akan mendapat ujian ketika di dunia lagi seperti keresahan hidup, ketidaktenteraman dalam hubungan, kesihatan..etc. Alhamdulilah, yang mana ada membayar hutang secara berkala atau tidak tetapi mempunyai inisiatif.. Allah mudahkan mereka-mereka ini dalam pelbagai cara.

Pada sesiapa yang berhutang tu.. mulakan niat untuk membayar hutang, Insya'Allah Allah akan mudahkan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Saya masih berdoa untuk memudahkan saya membayar hutang walaupun kini hanya ada hutang rumah sahaja kerana waktu saya terbeban dengan hutang dahulu, saya pernah merasai bagaimana Allah memudahkan saya menyelesaikan hutang-hutang lapuk. Memang lega nikmatnya.. percayalah. Memang benarlah Allah menyatakan di dalam Al-Quran keadaan orang yang berhutang.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register