BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Hutang

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh 'Abdul A'laa, daripada Ma'mar, daripada Hammam bin Munabbih, daripada saudaranya (Wahb bin Munabbih), daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Melewatkan pembayaran hutang
bagi orang kaya (orang yang mampu)

adalah suatu kezaliman."

(Hadith Bukhari no. 2225)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Zakaria bin Yahya bin Shalih Al Mishri, diceritakan oleh Al Mufadlal (Ibnu Fadlalah), daripada 'Ayyasy (Ibnu 'Ayyasy Al Qitbani),
daripada Abdullah bin Yazid Abu Abdurrahman Al Hubuli, daripada Abdullah bin 'Amru bin 'Ash,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Seorang yang mati syahid
akan diampuni segala dosanya

kecuali hutang."


(Hadith Muslim no. 3498)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1000044012.jpg

HUTANG WAJIB BAYAR

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan melunaskan untuknya. Sesiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.”

Orang-orang yang berhutang tetapi melengahkan pembayarannya sedangkan dia mampu untuk membayarnya adalah termasuk sebagai orang yang zalim.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Ibnu Majah no. 2401
Darjat: Hasan sahih


Diceritakan oleh Hisyam bin Ammar, diceritakan oleh Yusuf bin Muhammad bin Shaifi bin Shuhaib Al Khair, diceritakan oleh Abdul Hamid bin Ziyad bin Shaifi bin Shuhaib,
daripada Syu'aib bin Amru, diceritakan oleh Shuhaib Al Khair,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sesiapa sahaja berhutang,
dan dia berniat untuk tidak membayar
kepada pemiliknya.

Maka dia akan bertemu dengan Allah
dalam keadaan dia dikenali
sebagai pencuri."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1000278633.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Allah akan permudahkan urusan menlangsaikan hutang bagi mereka yang berazam membayar hutang.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.”

Hadis riwayat Bukhari.
 
1000729572.jpg


JANGAN BIAR HUTANG JADI BEBAN AKHIRAT!

Hutang bukan sekadar beban dunia, malah boleh menjadi azab di akhirat jika tidak diselesaikan.

Jom sama-sama kita berusaha melangsaikan hutang. Moga hidup diberkati dan akhirat tenang tanpa beban.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
 
1763115453199.png


Hadits Tirmidzi no. 1227
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu ‘anhu),
Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Barang siapa yang menangguhkan (tempoh bayaran hutang)
bagi orang yang dalam kesempitan
(tidak mampu melunaskannya),

atau memaafkannya
(membebaskannya daripada hutang),

nescaya Allah akan menaunginya pada hari kiamat
di bawah naungan ‘Arsy-Nya,
pada hari yang tiada sebarang naungan
selain naungan-Nya.”

Nota penting
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi dia sendiri malas melakukannya.
Tanpa
alasan yang benar.

Teks Arab

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ سُلَيْمَانَ الرَّازِيُّ عَنْ دَاوُدَ بْنِ قَيْسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ أَبِي صَالِحِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ لَهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي الْيَسَرِ وَأَبِي قَتَادَةَ وَحُذَيْفَةَ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَعُبَادَةَ وَجَابِرٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
 
1763269676749.png


Hadits Bukhari no. 1936
Status: Sohih – Ijma’ ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah radhiyallahu ‘anhu,
Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Ada seorang peniaga yang biasa memberi pinjaman
kepada manusia.

Apabila dia melihat seseorang yang dalam kesempitan
(tidak mampu melunaskan hutangnya),

dia berkata kepada para pekerjanya,
“Permudahkannya (tangguhkan hutangnya atau digugurkan hutangnya),
mudah-mudahan, Allah akan permudahkan urusan kita.”

Lalu kemudian Allah permudahkan urusannya (peniaga itu).”

Nota penting
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi dia sendiri malas melakukannya.
Tanpa
alasan yang benar.

Teks Arab

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ حَدَّثَنَا الزُّبَيْدِيُّ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ تَاجِرٌ يُدَايِنُ النَّاسَ فَإِذَا رَأَى مُعْسِرًا قَالَ لِفِتْيَانِهِ تَجَاوَزُوا عَنْهُ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَتَجَاوَزَ عَنَّا فَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهُ
 
Back
Top
Log in Register