saya nubie nak tanya..selain fcpo, boleh tak trade yang lain mcm crude oil, dll..di bursa malaysia ada tak?
Assallamualaikum warahmatullah
sekarang ni, kalau di BURSA MALAYSIA..yg boleh kita Trade
1. FCPO
2. FKLI
Tapi..Broker atau Investment Bank yg diberi lesen oleh BURSA MALAYSIA (sila rujuk jadual di web Bursa Malaysia)
Contohnya RHB Futures, atau Orental Pasific..ko\ita boleh guna Broker ini untuk trade Crude Oil .
Bezanya kita trade Crude oil dgn broker forex..atau Broker BURSA MALAYSIA ni...
Broker Forex dia tak ikut spesifikasi sebenar BURSA (tempat sebenar Crude oil tu didagangkan)
Jadi bagi saya..saya ragu ragu...
Adakah Broker forex benar benar "mendagangkan" Crude Oil..atau Broker forex hanya menggunakan Chart harga Crude oil itu spt "kuda" lumba..(maksud saya..dia tak masuk pasaran..tapi..dia bertindak seperti tokey judi...yg untung dia bayar..yg rugi dia sapu..
sebab tu..broker forex kadang2 nampak macam tak suka client untung..

)
BERBEZA DENGAN BROKER BURSA MALAYSIA..
Cth..kalau kita nak trade Crude oil...Order kita akan masuk direct ke
New York Mercantile Exchange (NYMEX)
under CBOT (Chicago Board Of Trade)
Sebab tu..Margin dia benar benar ikut NYMEX..iaitu USD 3850 (initial)...Contract Unit 1000 barrels...Minimum Fluctuation USD 0.01 per barel..
Semua akan ikut spec BURSA
(tak ada istilah..Micro Accont dsbnya)...Kecuali kalau pihak Bursa sendiri yg ada produk tersebut... (contoh..mini Hang seng)
Kalau minat nak Trade Overseas Market..boleh cuba contek OPF
(OPF selalu boleh offer Brokerage fee yg agak rendah)
YG PASTI..semua Broker BURSA MALAYSIA...berbeza dgn Broker Forex..sebab
mereka benar benar nak klien untung!
Ini sebab..mereka memang ambil untung drp brokerage..dan semakin byk kita trade..semakin bayak mereka untung!
macam saya..sehari..paling kurang 10 lots saya dagang di FCPO..maknanya setiap hari..paling kurang RM 200 saya bayar pada mereka.
Yg bagusnya..mereka juga akan cuba bantu kita dgn free seminar dsbnya