BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum tidak mengundi -Ustaz Azhar Idrus

keyword dia islam.

kalau semua calon yang bertanding tu islam, tengok pula pada parti yang diwakilinya.

kalau parti yang diwakilinya tu ok tidak bagi mudarat pada islam, tengok pula gabungan partinya tu bersama parti yang mana.

janji semua yang aku sebut tu tidak mendatangkan mudarat pada islam, kalau yang mendatangkan mudarat sekalipun, pilihlah yang minimal kesan mudaratnya pada islam.

tempat aku kalau semua parti popular yang bertanding tu calonnya bukan islam kecuali calon bebas ni orang islam, aku akan undi calon bebas tu.

sekadar peringatan. Alhamdulillah, bahagian aku dah selesai.

"Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barang siapa berbuat demikian, niscaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali karena (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya, dan hanya kepada Allah tempat kembali" - Ali' Imran, ayat 28.
 
Pas sudah boleh berhenti main sentimen hukum


KENYATAAN-KENYATAAN pemimpin Pas yang sering mengaitkan hukum dalam Islam harus diberhentikan sekiranya tidak mahu terus dikecam masyarakat.
SAUDARA PENGARANG,

PAS sudah hilang roh perjuangan asal apatah lagi identiti serta imej di mata umat Islam apabila sering diperlekeh gara-gara para pemimpin tertingginya didakwa seronok dengan kedudukan pangkat serta kemegahan dunia. Rupa-rupanya di barisan kepimpinan tertinggi Pas telah berlaku pertarungan antara kumpulan realiti dan retorik.

Ugutan yang mengatakan sekiranya menolak Pas ibarat menolak Islam itu agak keterlaluan dan begitu mudahnya mereka menjatuhkan hukum tanpa berasaskan kefahaman ilmu yang haq.

Baru-baru ini, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui beliau memulakan ‘Langkah Sheraton’ bertujuan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas Pas beranggapan gabungan pilihan mandat rakyat itu sedang berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Pada hemat saya, Abdul Hadi bukan sahaja dilihat bersikap ekstrem malah gemar menghasut. Kenyataan beliau mengingatkan saya terhadap gambaran yang disimpulkan oleh Syeikh Dr. Shalih Abdullah Humaid ketika mentafsirkan ayat 204, surah al Baqarah: “Di antara manusia ada orang Islam munafik yang ucapannya di dunia itu menarik hati lalu engkau mendapati tutur katanya yang disulami dalil agama katanya bagus sehingga engkau menyangkakan ucapan atau penyampaian itu jujur dan ikhlas. Pada hal tujuannya untuk menyelamatkan kedudukan pangkat, dan kuasanya. Sedangkan ucapan itu telah benar-benar dusta.”

Berhubung pengakuan Presiden Pas itu, Rasulullah SAW telah melarang menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

Perbuatan dan kata-kata Abdul Hadi tidak langsung mencerminkan keperibadian akhlak serta wajah seorang ulama warasatul anbiya’ sebaliknya beliau menerima kecaman dan kutukan daripada orang ramai.

Kesimpulannya, politik hanya wadah perjuangan dan siapa pun bebas serta berhak untuk memilih mana-mana parti politik. Mulia atau hina manusia itu hanya dikelaskan mengikut tahap keimanan. Ia tiada kenamengena langsung atau cuba dikaitkan dengan sesebuah parti politik.

Justeru, sifirnya mudah, bukan hanya Pas yang memperjuangkan Islam.

Oleh itu, kepada para pemimpin Pas, berhentilah daripada terus berbohong atau memperbodokan ahli dan pengikut tegar yang kononnya mengatakan jikalau hendak menghidu bau haruman syurga, wajib memilih parti berkenaan.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang
 
hukum undi org kafir dan munafiq pun haram dohmm
 
ermm..... undi hak masing2.... undi ke tidak sendiri yang tanggung... klu dah 2 2 ahli politik lebih kurang jer... nak pilih ape lak..... kan.....
 
Back
Top
Log in Register