BTC USD 84,488.4 Gold USD 4,282.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum tabur bunga atas kubur, harus

belam

Super Active Member
gem
Messages
7,364
Joined
Jul 29, 2013
Messages
7,364
Reaction score
720
Points
121
image.jpg


ALOR SETAR - Menurut Islam, hukumnya harus untuk menabur bunga atas kubur sempena Aidilfitri.

Pendakwah, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa menabur bunga di tanah perkuburan adalah menyerupai amalan Nasrani dan Yahudi adalah satu kesilapan.

Beliau mengakui tersalah cakap mengenai hukum itu dalam satu ceramah di Perlis baru-baru ini.

“Saya tarik balik kenyataan itu kerana tersalah cakap. Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah membuat kalungan bunga dan diletakkan di keranda serta mengusungnya bersama mayat ke tanah perkuburan.

“Perkara itu adalah bidaah dan haram kerana menyerupai amalan orang kafir dan membazir. Perkara ini juga saya rujuk dalam kitab Al-Muktamad,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kesilapan itu adalah amat dikesali dan berharap penceramah lain juga mengambil sikap memperbetulkan semula kenyataan jika tersalah cakap.

“Sepatutnya bunga itu dikaitkan dengan membuat kalungan dan dibawanya bersama keranda, bukannya menabur di tanah perkuburan.

“Saya mohon maaf atas kesilapan itu kerana saya pun manusia biasa yang tak sunyi daripada salah dan silap,” katanya.

Ahmad Faisol berkata, amalan menabur bunga atau meletak bunga di atas tanah perkuburan adalah diharuskan dan hendaklah berpaksikan kepada niat.

“Sekiranya bunga itu ditabur atas tanah perkuburan supaya bunga yang masih basah (hidup) itu bertasbih kerana ALLAH, maka ia adalah dibolehkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan beberapa laman sosial dan blog yang mengatakannya sebagai wahabi.

“Berhentilah mengaitkan saya seperti itu kerana saya masih pengikut setia Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berpegang kepada Mazhab Syafie,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di tanah perkuburan kerana ia amalan Nasrani dan Yahudi.

Ahmad Faisol berkata, perbuatan itu adalah menyalahi ajaran Islam.
 
Alhamdullilah,info berguna untuk raya ni
 
tabur bunga, harus...letak kalungan bunga, haram...dua perbuatan y berbeza..
 
Back
Top
Log in Register