a'aa la... itu hari org tua mana tah tgk amy search menyanyi sampai menangis2, meleleh2 beb...
itu hari yg i-Dance kat penang tuh pe cite plak eek... tak pa... yang tu semua HALAL pasal PKR/DAP/PAS yg buat.
lupa lak konsert kat kelate tuh...
Nik Aziz mana pegi konsert2 haram camtu 


Dia pegi konsert yg berunsur ketuhanan/keagamaan 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar lagu-lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh penyanyi Amy Search atau Shuhaimi Abdul Rahman, 51.
Kata Nik Aziz, beliau tersentuh hati menatap wajah Amy, lebih-lebih lagi banyak penyanyi rock biasa dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan maksiat.
“Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya, saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar,” katanya selepas majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di sini semalam.
Nik Aziz menambah, beliau kagum dan gembira apabila Amy yang memiliki suara yang diminati ramai telah memanfaatkannya ke jalan Allah.
“Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.
Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.
Ni lagi
Nik Aziz menangis dengar Amy Search menyanyi
11 Apr 2009 6:48PM
KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.
“Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya.
Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
“Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya.
“Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.
Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.
“Sewaktu saya menyanyi, saya perasan Tok Guru memandang saya dengan penuh terharu,” kata Amy yang dihubungi Kosmo! Ahad.
Melalak la ko sorg2