nasib sesuatu bangsa itu takkan berubah kalo diorang sendiri tidak mahu mengubahnya.. ko bagi la modal 1juta pun tapi kalo dah bengap duit tu abis jgk..
so, kerajaan jangan bagi sahaja modal RM1 juta, pantaulah perniagaan yang dibuat. beri pendidikan ilmu perniagaan, bantu tunjuk jalan. jangan lepas tangan.
jadi, pihak rakyat perlu berusaha berubah, dan kerajaan perlu membantu rakyat berubah. kedua-dua perlu bertindak pada masa serentak.
ini tidak, harapkan rakyat suruh berubah, tapi adakah kerajaan bantu rakyat?
dengan DEB? dengan Bajet setiap tahun? benda ni sudah berlalu 50 tahun tapi masih gagal. dengan kata lain, UMNO ni memang tak reti nak meningkatkan ekonomi orang Melayu, dan UMNO sepatutnya dijatuhkan dan ganti dengan orang lain.
amik contoh mudah, Kelantan. ekonomi Kelantan semasa PAS amik alih daripada tahun 1990 adalah sangat teruk. Kelantan adalah negeri paling miskin di Malaysia pada tahun tersebut.
namun, selepas 19 tahun, Kelantan sekarang melonjak naik no.6 dalam senarai ranking negeri paling miskin, dan adakah kamu tahu negeri apakah yang kekal miskin tidak berubah rankingnya?
1) SABAH
2) TERENGGANU
3) SARAWAK
ketiga-tiga negeri ini ialah negeri perusahaan Minyak, malangnya 3 negeri ini adalah negeri paling rendah pendapatan per-kapita rakyatnya, dan negeri paling miskin di Malaysia.
so, apa fungsi UMNO/BN sebenarnya memerintah 3 negeri minyak nie? sepatutnya negeri-negeri inilah menjadi kaya. tapi, siapakah yang menjadi kaya? poket-poket orang UMNO jugak yang kaya..
Kelantan, PAS memulihkan ekonomi orang Kelantan. kalau dulu rakyat Kelantan keluar dari negeri ini, merantau cari kerja kat tempat orang lain. namun sekarang senario ini sudah berubah. rata-rata orang Kelantan mahu balik bekerja dan menetap di Kelantan. kuasa beli orang Kelantan bertambah, orang Kelantan juga dapat kumpul harta. dan, paling menarik, setiap tahun menunaikan Haji, jemaah dari Kelantan adalah yang paling banyak sekali. ini menunjukkan orang Kelantan sebenarnya ada duit.
inilah berkat pemerintahan PAS yang mengamalkan dasar ekonomi Islam. menolak segala urusan riba, memperkenalkan saham-saham Islam, ar-Rahnu, menutup segala judi, menggalakkan orang Islam berzakat.
hanya dengan berzakat, barulah seseorang itu menjadi kaya dengan penuh keberkatan.
so, sekiranya UMNO melakukan formula yang sama, melaksanakan Islam sebagai dasar pemerintahan. insya Allah, ekonomi orang Islam terutamanya orang Melayu pasti akan menjadi lebih hebat daripada hari ini.
namun, UMNO terus mengamalkan dasar sekular...