BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Menghisap Rokok

kepada perokok...
nak berenti mmg susah...
tp...
korg leh gantikan rokok dgn gula2 or choc...
biler rasa gian...
masuk gula2 hacks ker...
rasa jer gian...
sumbat gula2 kat dlm mulut...
2 minggu jer sakit skit ar...
pastu...rileks ajer...
itu teknik aku berenti merokok la...

bagus.. idea yg bernas... yg penting niat kita nk berhenti... :D
 
tak clear gambar tu, tu yang ada buat2 tak nampak.
ni aku bagi jelas punya.


e-fatwa-rokok.jpg


taktau la kalau mufti selangor punya fatwa tak laku bagi perokok.
org kapir lantakla ini org Islam pun taknak dgr mufti cakap.
dah meninggal pun mufti ni, sampai sekarang pun belum lagi di gazetkan.

sumber:
1- http://www.muftiselangor.gov.my/E-B...wa/FatwaWartaKerajaanSelangor11 1991-1997.htm
2- http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1147

Salam. Terima kasih. Buatkan yang keruh jadi jernih.
Dah berbuih mulut saintis, ilmuan, budayawan,
guru sekolah, kata rokok tak baik. Perokok aktif
dan perokok tegar termasuk pecinta bau rokok tetap
buat derk. Bukti dan kenyataan sudah terang dan nyata.
Kalau masih mempersoalkan memang iya itu hak mereka.
Kita tunggu saja nanti kesan buruk dan malapetaka.
 
aku seorang perokok tegar, tanpe rokok, aku bole hidup, cume rokok je x bleh idup tanpa aku... sian rokok.. nak x nak, kenela aku isap rokok...

" katakan nak pada rokok "
 
atas sebab-sebab kesihatan, rokok boleh la diganti dengan puting....
puting yg baby dok isap tu....
takdela berlaku pencemaran...
nak isap kat tempat larangan merokok pun takleh kena saman...
 
fatwa tu dulu cikgu sekolah aku ada tampal besar2 kat notis board sekolah dulu... tp gambar atas tu sampai 1997 je valid. ada yg updated nye x?
 
RENCANA UTAMA

Sukar hidup tanpa rokok
Ketika negara Barat mencatatkan penurunan jumlah perokok, lebih satu pertiga populasi Indonesia hari ini merokok berbanding sedekad lalu.



MEROKOK mungkin telah diharamkan di sesetengah kawasan awam di Jakarta, namun masih ramai perokok yang tidak mengendahkannya.

--------------------------------------------------------------------------------


BERHAMPIRAN sebuah tangga di sebuah kompleks pejabat di ibu negara Indonesia, para pekerja tanpa segan silu menghembuskan asap rokok mereka di hadapan sebuah papan tanda 'Dilarang Merokok'.

Merokok mungkin telah diharamkan di kawasan-kawasan awam di sesetengah kawasan Jakarta, namun masih ramai perokok yang tidak mengendahkannya.

"Sukar untuk kurang merokok terutama apabila anda hidup di Jakarta yang penuh dengan tekanan.

"Tekanan itu yang membuatkan anda mahu menyalakan sebatang rokok," kata Shas Hasibuan yang merupakan seorang perokok.

Ketika jumlah perokok di kebanyakan negara Barat telah menurun sejak beberapa tahun lalu, pakar-pakar berkata, lebih daripada satu pertiga populasi Indonesia pada hari ini merokok berbanding kira-kira lebih 25 peratus sedekad lalu.

Indonesia merupakan pasaran rokok kelima terbesar dunia. Tembakau masih lagi perniagaan yang menguntungkan sungguhpun merokok memberi kesan kesihatan dengan menyebabkan jutaan rakyatnya ke dalam kancah kemiskinan.

Kebanyakan rakyat Indonesia menghisap rokok bunga cengkih tradisional yang dicipta pada akhir abad ke-19 untuk mencegah penyakit.

Dipanggil kretek disebabkan bunyi bergemeretak yang terhasil apabila terbakar, rokok tersebut biasanya mengandungi perisa tambahan seperti coklat dan buah-buahan kering.

Ada yang rasa manis dan berempah tetapi secara keseluruhan ia jelas mempunyai ciri-ciri Indonesia.

"Kretek adalah benang yang menghubungkan rakyat Indonesia, di sebalik perbezaan sejarah, budaya, etnik dan juga fahaman agama," tulis Mark Hanusz dalam sebuah buku berkenaan kretek.

Walaupun demikian, pihak berkuasa kesihatan gusar kerana kretek - yang digunakan oleh 90 peratus perokok negara itu - mempunyai kira-kira dua kali ganda aras nikotin dan tar berbanding rokok biasa.

"Saya bertemu lebih ramai pesakit yang menghidap penyakit strok dan vaskular pada usia yang amat muda berbanding 29 tahun lalu," kata Ronaly Rasmin, jurucakap Yayasan Jantung Indonesia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kira-kira satu per empat kematian di Indonesia pada tahun 2005 dan 80 peratus kes-kes kanser paru-paru dan respiratori berpunca daripada aktiviti merokok.

"Kerajaan harus menjadikan kawalan tembakau satu keutamaan kerana bahan tersebut jelas menjejaskan kesihatan.

"Kos terselindung juga sangat tinggi, bukan sahaja dari sudut penjagaan kesihatan tetapi juga kerugian ekonomi," kata Albert Maramis, pakar tembakau WHO.

Harga rokok di Indonesia adalah antara yang termurah di dunia pada harga sekitar RM3.20 sekotak.

"Kira-kira 70 peratus perokok datang daripada bahagian-bahagian miskin Indonesia. Lelaki dalam keluarga miskin boleh menghisap sehingga dua kotak rokok sehari.

"Harga sekotak rokok sama dengan sekilogram beras," kata Tuti Indarsih Loekman, seorang penggubal undang-undang yang menyokong akta antitembakau.

Tambah beliau : "Keluarga-keluarga ini menghadapi kesukaran membeli barangan makanan harian. Saya gelar keadaan ini sebagai memiskinkan lagi mereka yang miskin.
 
sambungan dari KOSMO...

KANDUNGAN nikotin dan tar dalam kretek adalah dua kali ganda berbanding rokok biasa.

--------------------------------------------------------------------------------


Langkah mengurangkan aktiviti merokok bukanlah suatu yang mudah.

Industri tembakau Indonesia yang bernilai RM25.6 bilion menyediakan peluang pekerjaan kepada tujuh juta rakyatnya dan menyumbang kira-kira 10 peratus tabung kerajaan.

Industri tersebut dijangka membayar RM15.2 bilion eksais rokok tahun ini, meningkat daripada RM3.8 bilion pada tahun 2001.

Syarikat pembuat rokok seperti Gudang Garam dan Sampoerna adalah antara saham mewah di bursa pasaran negara tersebut.

Empat syarikat tembakau yang tersenarai di bursa saham Jakarta mempunyai gabungan jumlah pelaburan pasaran melebihi RM19.2 bilion.

Beberapa penggubal undang-undang sedang mencuba untuk memperkenalkan sebuah akta antitembakau yang mencari cara mengharamkan pengiklanan oleh syarikat-syarikat tembakau, meningkatkan cukai terhadap rokok dan mewajibkan amaran grafik pada kotak rokok.

Sungguhpun demikian, setakat ini usaha mereka masih belum berjaya.

Penentang akta tersebut berkata, ia akan memberikan kesan kepada jutaan rakyat yang bergantung hidup pada industri tembakau.

"Penyelidikan impak akta tersebut terhadap petani tembakau, kilang-kilang rokok dan mereka yang bekerja dalam industri terbabit perlu dilakukan," kata Franciscus Xaverius Soekarno, seorang ahli parlimen yang menentang akta tersebut.

Indonesia juga berat hati untuk menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau WHO (FCTC) yang berhasrat mengurangkan pengambilan rokok kerana kebimbangan terhadap ekonomi negara itu.

China, yang merupakan salah satu pengeluar rokok terbesar dunia adalah di antara negara-negara yang telah menandatangani perjanjian tersebut.

Namun demikian, pakar-pakar berkata, kegusaran tersebut tidak bertempat.

"Ini merupakan satu mitos bahawa petani tembakau dan pekerja-pekerja di kilang rokok akan kehilangan kerja mereka.

"China telah menandatangani FCTC dan mereka membekalkan 60 peratus bekalan rokok dunia," kata Loekman.

Dengan undang-undang yang sedikit dan rokok yang murah, rakyat Indonesia menghisap kira-kira 220 juta batang rokok pada tahun lalu.



INDUSTRI tembakau di Indonesia menyediakan peluang pekerjaan kepada tujuh juta rakyatnya.
 
Back
Top
Log in Register