BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Berinai Dalam Islam

heaven

Active+ Member
Messages
2,646
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,646
Reaction score
11
Points
25
HUKUM BERINAI BAGI PENGANTIN LELAKI
http://www.youtube.com/watch?v=8Qk_hn02_wA
Adapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai atau 'bapacar' ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

Maksudnya: "Daripada Anas dia berkata: "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum.

Dilarang memakai za'faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za'faran dari segi mengeluarkan warna dan bau.

Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu di dalamnya unsur-unsur menyerupai atau meniru-niru cara kaum wanita berhias. Haram hukumnya perbuatan meniru-niru atau menyerupai antara lelaki dan perempuan sebagaimana ditegaskan di dalam sebuah hadis sahih:

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."

(Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu keperluan atau hajat untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai.

Tersebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud :

Maksudnya: "Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Merujuk kepada apa yang berlaku sekarang ini di tengah masyarakat kita, perbuatan berinai bagi lelaki masih wujud walaupun ada di antaranya telah mengetahui tentang hukumnya, khasnya kepada pengantin lelaki pada majlis malam berinai. Berinai bagi pengantin lelaki hukumnya tetap dilarang. Pengecualian daripada hukum tersebut hanya terbatas kepada keadaan jika ada keuzuran sahaja, iaitu bagi tujuan berubat, sebagaimana disebutkan terdahulu.

Secara umumnya berinai bagi pengantin lelaki pada tangan dan kaki hanya merupakan adat semata-mata, tidak ada disyariatkan di dalam Islam.
 
agak2....astrok ke tak nie??:-?:-?:-?

klau blum astrok...nak tambah lagi nie....:">:">:">
 
Ya ALLAH betul ke? aku kawen ari tu berinai. sbb ingat sunat. aduyai... bersanding takder sbb nak wat cara islam tp tak sangka lak laki tak leh berinai. :((
 
di negeiku...xde adat berinai utk lelaki...mungkin dinegeri lain ada kot
 
Ya ALLAH betul ke? aku kawen ari tu berinai. sbb ingat sunat. aduyai... bersanding takder sbb nak wat cara islam tp tak sangka lak laki tak leh berinai. :((

Yupzz...sy sendiri pernah tanya Ustaz bab Pengantin Lelaki BERINAI nie...

Ustaz saya beritahu mmg Haram...Kawan sy yg belajar Madrasah pun kata Haram jugak.....

Jahil nya aku nie...Ingatkan boleh main belasah je lelaki pakai inai.:((:((:((
 
Last edited:
Ya ALLAH betul ke? aku kawen ari tu berinai. sbb ingat sunat. aduyai... bersanding takder sbb nak wat cara islam tp tak sangka lak laki tak leh berinai. :((


tu arr....asben pun berinai gak tp 3 jari je la....

tau tu bukan sunat...tp masa tu tatau kata haram...

just suka2....bg nmpk beza dah kawen ngan belum kawen...
 
ekceli masa den kawen hari tu, memang taknak pakai inai. tapi susah bertekak ngan orang-orang tua nie...terpaksalah berinai 3 jari jugak...uhuk..
 
Ya ALLAH betul ke? aku kawen ari tu berinai. sbb ingat sunat. aduyai... bersanding takder sbb nak wat cara islam tp tak sangka lak laki tak leh berinai. :((

tu la masalahnya #:-S#:-S#:-S


tu dah kira menyerupai pompuan :p:p



inai laki utk rambut / janggut je :)paid:)paid
 
tu la masalahnya #:-S#:-S#:-S


tu dah kira menyerupai pompuan :p:p



inai laki utk rambut / janggut je :)paid:)paid

hamba jahil ustaz. mmg sungguh tak tau. ingat dpt pahala sunat lagi. tu yg masih pakai smpi skrg. huhu... ajaran sesat sungguh la aku ni.:((
 
hamba jahil ustaz. mmg sungguh tak tau. ingat dpt pahala sunat lagi. tu yg masih pakai smpi skrg. huhu... ajaran sesat sungguh la aku ni.:((

tak tau takpe. yang dah terpakai tu biarkan dia hilang sendiri..jangan pula jadi macam saudara baru kita yang kelar tangan buang tatu..uhuhuehue

p/s : den punya baru jer hilang bulan nie :D
 
Back
Top
Log in Register