BTC USD 82,886.6 Gold USD 4,125.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Berinai Dalam Islam

Aku nak kawin tahun ni..so takyah pakai la inai.sapa yg gatai2 suruh aku pakai aku rela bertekak.hahaha
 
Erkkk.kan biasa bersanding laki kena pakai rantai panjang ngan sut baju,tengkolok ngan keris tu.hukum pakai rantai panjang tu apa pulak??Kan pakai rantai menyerupai pompuan
 
Erkkk.kan biasa bersanding laki kena pakai rantai panjang ngan sut baju,tengkolok ngan keris tu.hukum pakai rantai panjang tu apa pulak??Kan pakai rantai menyerupai pompuan

tak suke tgk pengantin laki pakai rantai...~X(​
 
jadi hukumnya haram la yer..adeeh..aku ada pakai dulu~X(:((
 
up ilmu ilmiah untuk semua lelaki ISLAM :)
 
Zaman sekarang saya tgk ramai yang berinai cam org India ... awat org2 islam nih cepat terpengaruh yer
 
Erkkk.kan biasa bersanding laki kena pakai rantai panjang ngan sut baju,tengkolok ngan keris tu.hukum pakai rantai panjang tu apa pulak??Kan pakai rantai menyerupai pompuan


Bersanding itu sendiri dah salah .... :D
 
Zaman sekarang saya tgk ramai yang berinai cam org India ... awat org2 islam nih cepat terpengaruh yer

apa nak buat. perasaan ingin mencuba terbuak-buak di dalam dada #:-S

ni saya jumpa di blog http://www.ustaznoramin.com/


inai.jpg



Salam kepada semua semoga semua dalam keadaan gembira dan bahagia disamping beribadah dan bersama keluarga bahagia. Ada soalan yang diajukan oleh pengunjung blog ini meminta saya mengulas sedikit mengenai hukum memakai inai (henna). Saya harap kepada sesiapa yang berilmu dapat berkungsi dengan saya mengenai masalah ini.

Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Iamam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.

Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."

Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).


lagi JAWAPAN daripada USTAZ NORAMIN

Salam kepada shida rahman memang betul apa yang dikatakan oleh dato Abu hassan din, sebab memakai inai jika diukirkan seolahnya nampak macam tatu. Jadi haramlah.. Pakai kalau nak cantik nak menunjuk maka haramlah apa2 bergantung kepada niat. Kalau niat tak baik jadi haramlah.

Salam Syafrizal, memang tak bolehlah kalau di ikutkan pandangan ulamak di artikel ini. Haram bagi lelaki memakai inai. Kita berpegang kepada mazhab syafie.

Setahu saya, yang dibolehkan pakai inai ini biasa tanpa ukiran dan tidak dibentukkan sepertimana tatu atau berbagai-bagai bentuk. Bagi saya kalau pakai inai orang kawin ni banyak bentuknya dan perkara itu sepertimana tatu, kalau dia nampak seperti tatu maka tidak boleh, jangan menghalalkan cara untuk kepentingan peribadi biar Islam yang menghalal dan mengharamkan cara.
 
Kebanyakkan Umat Islam di Malaysia nih suka meniru Budaya org lain ..... ini terjadi kerana basic agama yang lemah
 
Back
Top
Log in Register