Luke
Legendary Member

- Messages
- 10,242
- Joined
- Sep 20, 2007
- Messages
- 10,242
- Reaction score
- 1,526
- Points
- 201
Gua lebih berminat untuk mengetahui masalah mangsa yang di fitnah dan terpaksa menerima hukuman. Yang terlepas dari di fitnah tu ok lah.
Dalam undang2 sivil ada juga mangsa fitnah hukuman mati kerana dituduh bawa beg berisi dadah tapi milik orang lain. Tak nak tau apa keadaan mangsa fitnah tu? Apa nasib keluarga mereka? masa depan anak2? ibubapa?
Dalam Islam sendiri telah melarang umatnya memfitnah tapi umat Islam buat juga. Isunya di sini orang Islam saja yg suka buat fitnah orang kristian tak pernah? kesimpulan tu mencapai matlamat yang anda inginkan?
Selagi anda tidak adil bagi pandangan itulah namanya manusia walau apa agama tetap akan bias, sekarang ni orang barat melaung laungkan slogan keamanan, slogan cinta kasih sayang selepas hidup mewah kerana dahulunya mereka juga menjarah kekayaan umat Islam, mereka juga brperang, membunuh tawanan,menyeksa tawanan(sekarang pun berlaku), menjajah, merompak hasil bumi negara lain.
Umat Islam sekarang ni berperang kerana mereka juga manusia inginkan kekayaan sebagaimana negara barat pernah buat merompak demi ketamakan terhadap harta. Tapi masih wujud umat Islam yang baik yg berperang hanya untuk membebaskan diri dari cengkaman pemerintah jahat, sebagaimana masih wujudnya kristian yang baik.
Orang2 yang baik inilah kita patut lantik dalam perundangan, kalau gagal dalam hal ini terimalah akibatnya. Kezaliman dan fitnah akan tetap berlaku kerana manusia dalam agama Islam, yahudi ataupun kristian selalu ingkar perintah Allah. So jangan salahkan Islam, umat Islam. Salahkan manusia itu sendiri.