Hukuman Rejam Kepada Wanita
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Hukuman Rejam Terhadap Wanita:
Tujuan untuk perbincangan dan bahas hukuman rejam terhadap wanita sahaja.
Surah an-Nisaa: ayat 25.
"Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setelah membaca dan meneliti posts di thread ni, saya dapat rumusan bahawa seorang wanita yang berstatus isteri, janda, balu atau pernah bernikah... HUMUMAN REJAM WAJIB DILAKSANAKAN TERHADAP MEREKA JIKA SABIT KESALAHAN BERZINA.
Baik, saya buka perbincangan bersumberkan dalil ayat 25 surah an-Nisaa di atas.
Bersumberkan ayat tersebut saya berpendapat bahawa wanita HAMBA yang dalam ikatan perkahwinan atau pernah berkahwin seperti isteri, janda atau balu; maka wajib dilaksanakan hukum HUDUD terhadap mereka dalam konteks ayat tersebut.
Pemahaman saya terhadap hukum hudud yang terdapat dalam ayat di atas adalah
"wanita hamba yang berkahwin wajib dihukum jika sabit kesalahan SEPARUH sahaja berat hukumannya berbanding wanita merdeka"
Sekarang, persoalannya "wanita merdeka" yang disinggung oleh Allah dalam ayat itu siapa??? Adakah wanita merdeka itu bujang atau sudah berkahwin atau pernah berkahwin?
Jika wanita merdeka bujang sabit zina hukumannya ialah 100 sebatan dan untuk wanita hamba adalah separuh, yakni 50 sebatan.
Jika wanita merdeka berkahwin atau pernah berkahwin sabit zina hukumannya ialah REJAM sampai mati, tetapi bagaimana pulak untuk wanita hamba? Adakah wujud hukuman "REJAM SAMPAI SEPARUH MATI".
Inilah masalah-masalah yang perlu dirungkaikan jika HUDUD dilaksanakan kelak.
Sekian.