BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud vs Sivil

dalam al-quran, mereka yang terlibat dengan riba, mengangkat senjata untuk memerangi Allah dan rasulnya. jadi, apa hukuman untuk mereka?
 
maksud TT mungkin, camne nak dapatkan 4 orang saksi untuk sabitkan orang berzina.

sahabat rasulullah, abu bakrah sendiri pernah kena sebat oleh saidina umar al-khatab sebab beliau tuduh orang berzina, tapi saksi ke4 bila disoal, tak yakin samaada zina tu betul2 dilakukan ke idak.

dalam taurat, ada hukuman rejam. Deuteronomy 22:22 dan Leviticus 20:10 antaranya.

ramai cakap, nabi isa dah tukar hukuman ni. john 8:1-11. orang ramai minta nabi isa jatuhkan hukuman ikut taurat dengan merejam sampai mati. nabi isa ambik batu, dan kemudian tanya, siapa yang tak pernah lakukan dosa untuk jadi orang yang pertama merejam.

korang boleh bayangkan tak, camne nabi isa, nabi dan rasul yang dimuliakan, boleh tanya ada tak manusia yang tak berdosa dalam dunia ni. tujuan nabi isa sebenarnya menyindir. camne korang yang banyak melakukan dosa besar, tapi suka menghukum dosa orang lain.

jadi, adakah nabi isa buat hukuman baru, dengan tak menjatuhkan hukuman rejam? tidak. nabi isa tak menolak hukuman dalam taurat, malah melaksanakannya lagi. boleh tgk

matthew 5:17-18 - Do not think that I [Jesus] have come to abolish the Law (the Old Testament) or the Prophets; I have not come to abolish them but to fulfill them. I tell you the truth, until heaven and earth disappear, not the smallest letter, not the least stroke or a pen, will by any means disappear from the Law (the Old Testament) until everything is accomplished.

Matthew 23:1-3 - "Then Jesus said to the crowds and to his disciples: 'The teachers of the law and the Pharisees sit in Moses' seat. So you must obey them and do everything they tell you. But do not do what they do, for they do not practice what they preach.'

dalam hadis ada sebut pasal hukuman rejam ni. aku tak ingat. korang cari sendiri. antaranya,

paderi yahudi datang jumpa rasulullah untuk minta pandangan beliau untuk jatuhkan hukuman zina, yang salah sorang pelakunya dah kawin. rasulullah tanya, apa yang tertulis dalam kitab kamu. paderi tu kata takde. sahabat rasulullah ada disitu waktu tu, dan bangun mengatakan paderi tu menipu. sahabat tersebut ambik kitab taurat dari tangan paderi tu, dan tunjukkan hukuman yang patut dijalankan ikut kitab.

mungkin penerangan aku salah. jadi korang boleh rujuk baliklah.

di aceh, hukuman rejam tak dijalankan.


Apa yg tuan sampaikan itu betul..
Walau bagaimana pun..
HUDUD mesti terlaksana..
Perlaksanaan Hukum..
bergantung kepada kebijaksanaan hakim..
 
Apa yg tuan sampaikan itu betul..
Walau bagaimana pun..
HUDUD mesti terlaksana..
Perlaksanaan Hukum..
bergantung kepada kebijaksanaan hakim..

jangan bertuan tuan bro.

aku setuju, hudud perlu dilaksana. tapi, tt pun ada pointnya juga, dalam hukum zina. saksi tu penting, dan hukuman takleh ada pilih kasih, hatta sultan sekalipun.
 
bagus thread..
ahli cg yang mempunyai pemahaman mengenai hudud menerangkan dengan cara yang baik..
 
Aku rasa sementara proses hukum perundangan islam (hudud) ingin di laksanakan...

dalam hukum sivil,pihak atasan agama(contoh Sultan/Agung)masih ada kuasa buat keputusan(contoh royal pardon)...di bawah kuasa sivil dan jugak dalam sistem hudud...

dua dua undang undang ni pihak paling atasan ni memang ada kuasa mutlak...

Jadi apa tak gunakan(kuasa hudud dari sultan/agung) terhadap kes kes sivil yg lepas yg bernilai kecil dan tak setimpal hukuman dia(contoh curi susu dll)...ni sampai kena 2-3 tahun penjara...maafkanla...sementara hudud nak terlaksana pakai hudud dalam sivil dulu...w.a.
 
Jadi maksudnya sekarang hukum rejam tu hanya dari idea orang Parsi lah?

Itu hadith bro .... Hadith sahih ... Terpulang pada bro nak yakin cemana
 
Ok...kalau macam tu nanti banyak lah pencuri terlepas. Nak pula perompak bank:D

Hudud boleh terlepas kalau tak cukup syarat, supaya tidak menzalimi tertuduh yang mungkin difitnah. Masih ada peringkat kedua iaitu takzir. Kalau terlepas juga nanti buat lagi ada cukup saksi, takkan kita nak lepaskan orang yg macam ni punya jahat. Di sinilah kebijaksanaan dan keadilan manusia diperlukan.
 
Apa maksud bro..tentang beri pengajaran kepada pesalah? Ada kes perempuan di rogol buat report...tetapi yang kena rogol pula di hukum rejam hingga mati.

Ada ke sesiapa kat sini berfikir nak pindah ke kelantan bilamana kelantan dan buat hukum hudud?

Gua ada dengar jika Malaysia guna hukum hudud... Sabah dan Sarawak nak keluar dari Malaysia.

Dalam kes tersebut manusia itu sendiri yang patut disalahkan bukan hukum Allah atau hukum sivil.

Dah nyata Islam menggariskan keperluan memilih pemimpin, hakim dan saksi yang adil, tetapi manusia melanggarnya termasuk umat Islam sendiri. Undang2 sivil ada masukkan syarat saksi perlu adil dan tidak fasiq?

Orang2 zalim dan fasiq ni kalau dimasukkan dalam perundangan manusia pun sama juga jadinya. Kalau jadi peguam, jadi peguam yg jahat. jadi hakim, hakim yg makan rasuah. Jadi di mana adilnya semua undang2 kalau manusia itu sendiri yang zalim?

Kalau dah buat report dirogol pun kena rejam itu bukan saja masalah pelaksana tidak adil tetapi juga kurang pengetahuan tentang hudud. So carilah Hakim yang adil dan bijak yang penting pilih manusia bukan babun.
 
Terapkan mentaliti ihsan terdapat dalam perundangan islam(hudud) kat hakim/majistret sivil...insyaallah hukuman mereka selari dgn hudud...

mungkin tak secara langsung hudud terlaksana tanpa tunggu penggubalan akta...
 
Back
Top
Log in Register