BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud vs Sivil

Ada orang melayu rasa dah buat hudud dah cukup islam, biarpun solat x cukup, belajar agama xhabis, ayat pasal hudud pun main google jer bila xthu nak jawab, jika bangkang cakap kafir, aku nak tanya ayat al quran mana cakap rejam untuk kesalahan berzina?

Ayat AQ x der tapi hadith ada ...

Tidak halal darah (dihukum mati) seorang muslim kecuali karena salah satu dari tiga sebab. Pertama, duda atau janda yang berzina (juga suami atau isteri). Kedua, hukuman pembalasan karena menghilangkan nyawa orang lain (Qishas), dan ketiga, yang murtad dari Islam dan meninggalkan jama'ah. (HR. Bukhari)
 
Ada militan yang boleh diterima..
ada militan yang tidak boleh diterima..

Antara bagi saya yg boleh diterima adalah seperti di Palestine, Syria dan beberapa yg lain.
kena lihat juga situasi semasa..
bukan main hentam nak sokong.
X kisahlah samada untuk menegakkan Islam sbg alasan..
tetapi matlamat tidak menghalalkan cara..

malah,
seriously I've said, most of the militan show the other ways of Islam itself.
Ditambah pula dengan ayat2 tambahan dari mereka mereka yg mmg menentang Islam dan termasuklah munafikun dalam Islam sendiri.
tidak kira Somalia, Pakistan dan lain lain termasuk Malaysia sendiri.

Kita boleh lihat bagaimana dengan Islam mereka.
Mana2 yg bertentangan dengan syara'..
kumpulan itu kita tinggalkan.

Contoh di Pakistan sendiri,
bagaimana dengan Islam mereka, masih mengagungkan makam makam dan mereka mereka yg alim dan soleh sehingga boleh sampai menyembah mereka.
dan banyak lagi.
Jadi Islam apakah ini.
merekakah yg boleh menjadi Interface atau base sebagai islam contoh.
itu bersalahan.


Di Malaysia sendiri pun apa kurangnya? Tetapi cara je berbeza. Yang alim yang beriman duk memfitnah sesama mereka duk kafir mengkafir sesama mereka.
 
maaf tt..bagaimana pula hukuman mencuri di potong tangan,setelah dilaksanakan hukum hudud,persalah akan insaf dan sememangnya x kan melakukan pekara itu lagi..setelah dia bertaubat,bagaimana pula dia nk mencari rezeki halal selepas itu?bagaimana pula kalau berkeadaan dlm difitnah?siapa yg boleh buktikan dia x persalah?bagaimana nk mengadili?kalau x ada bukti dia difitnah tp hakikatnya dia memang difitnah tp tangan dh kena potong..mcm dizalimi pulak kan?

bagi persalah berzina pula akan direjam sampai matikan?adakah dgn ini pintu taubatnya sudah tertutup?sbb dia dh mati mcm mana nk bertaubat kan?saya ada juga kenal kawan2 berzina buat mcm tu,tp saya x ikut mcm tu ok..hehehe,setelah dia kena tangkap basah terus dikahwinkan,saya lihat sekarang hidupnya bahagia dan dh insaf x mcm dulu lagi.sembahyang x tinggal waktu.jauh lebih elok berbanding dulu.kalau sebelum tu dia dikenakan tindakan hukum hudud iaitu direjam sampai mati,tiada pintu taubat bagi dia lagi kan,sbb kalau dh mati mana nk buat amal,betul x?yg mana lebih elok?direjam sampai mati atau terus dikahwinkan?

bagus ni, boleh jadi contoh terbaek bagi menggalakkan penzinaan terus berlaku. :D
 
Ayat AQ x der tapi hadith ada ...

Tidak halal darah (dihukum mati) seorang muslim kecuali karena salah satu dari tiga sebab. Pertama, duda atau janda yang berzina (juga suami atau isteri). Kedua, hukuman pembalasan karena menghilangkan nyawa orang lain (Qishas), dan ketiga, yang murtad dari Islam dan meninggalkan jama'ah. (HR. Bukhari)

hadis ditulis selepas beratus tahun nabi vvafat, dan ditulis orang Parsi, tiada pun tulis kena rejam sebba berzina :-?
 
[/B]

Di Malaysia sendiri pun apa kurangnya? Tetapi cara je berbeza. Yang alim yang beriman duk memfitnah sesama mereka duk kafir mengkafir sesama mereka.

Beza bro..
Banyak beza..
Walaupun ada pemujaan dilakukan di Malaysia,
kebanyakkan masih tertutup dan terselindung..
tetapi di sebelah lain..
ianya dilakukan secara terang terangan, malah
agamawan mereka juga berbuat demikian..

Yang alim menfitnah...??

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

tuan refer kepda N*r D***s ker..
Tgk laa dia melebihkan kepada golongan mana..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tgk juga yg digelar agamawan dalam geng ILMU..
tgklah mereka lebih kepada golongan mana..

“Akan keluar suatu kaum Akhir Zaman, orang-orang muda berfahaman jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan ‘Khairil Bariyah’ (maksudnya firman-firman Tuhan yang dibawa oleh Nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busarnya. Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu lawanlah mereka.” (HR Imam Bukhari)


Itu atas dia tuan.. Dosa dan hukuman dari Allah sendiri..
Kita berhati hatilah..
 
[/B]

Di Malaysia sendiri pun apa kurangnya? Tetapi cara je berbeza. Yang alim yang beriman duk memfitnah sesama mereka duk kafir mengkafir sesama mereka.

h3166amld1.jpg
 
org islam sendiri pun masih x faham2 hudud ade ke mencuri kena potong tangan,mana ade mcm tu,kalo mencuri hukumannye kena pulangkan balik pada miliknye je.
yg kena potong tangan tu lebih 3 kali itu pun kalo jumlah nilai dia melebihi yg sepatutnya
 
hadis ditulis selepas beratus tahun nabi vvafat, dan ditulis orang Parsi, tiada pun tulis kena rejam sebba berzina :-?

So apa masalah jika yg tulis si Parsi dan beratus tahun selepas tuh?
 
maksud TT mungkin, camne nak dapatkan 4 orang saksi untuk sabitkan orang berzina.

sahabat rasulullah, abu bakrah sendiri pernah kena sebat oleh saidina umar al-khatab sebab beliau tuduh orang berzina, tapi saksi ke4 bila disoal, tak yakin samaada zina tu betul2 dilakukan ke idak.

dalam taurat, ada hukuman rejam. Deuteronomy 22:22 dan Leviticus 20:10 antaranya.

ramai cakap, nabi isa dah tukar hukuman ni. john 8:1-11. orang ramai minta nabi isa jatuhkan hukuman ikut taurat dengan merejam sampai mati. nabi isa ambik batu, dan kemudian tanya, siapa yang tak pernah lakukan dosa untuk jadi orang yang pertama merejam.

korang boleh bayangkan tak, camne nabi isa, nabi dan rasul yang dimuliakan, boleh tanya ada tak manusia yang tak berdosa dalam dunia ni. tujuan nabi isa sebenarnya menyindir. camne korang yang banyak melakukan dosa besar, tapi suka menghukum dosa orang lain.

jadi, adakah nabi isa buat hukuman baru, dengan tak menjatuhkan hukuman rejam? tidak. nabi isa tak menolak hukuman dalam taurat, malah melaksanakannya lagi. boleh tgk

matthew 5:17-18 - Do not think that I [Jesus] have come to abolish the Law (the Old Testament) or the Prophets; I have not come to abolish them but to fulfill them. I tell you the truth, until heaven and earth disappear, not the smallest letter, not the least stroke or a pen, will by any means disappear from the Law (the Old Testament) until everything is accomplished.

Matthew 23:1-3 - "Then Jesus said to the crowds and to his disciples: 'The teachers of the law and the Pharisees sit in Moses' seat. So you must obey them and do everything they tell you. But do not do what they do, for they do not practice what they preach.'

dalam hadis ada sebut pasal hukuman rejam ni. aku tak ingat. korang cari sendiri. antaranya,

paderi yahudi datang jumpa rasulullah untuk minta pandangan beliau untuk jatuhkan hukuman zina, yang salah sorang pelakunya dah kawin. rasulullah tanya, apa yang tertulis dalam kitab kamu. paderi tu kata takde. sahabat rasulullah ada disitu waktu tu, dan bangun mengatakan paderi tu menipu. sahabat tersebut ambik kitab taurat dari tangan paderi tu, dan tunjukkan hukuman yang patut dijalankan ikut kitab.

mungkin penerangan aku salah. jadi korang boleh rujuk baliklah.

di aceh, hukuman rejam tak dijalankan.
 
Back
Top
Log in Register