BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud vs Sivil

Menghadapi Cabaran Zaman
Tarikh: Oct 07, 2008
Riwayat: (al-Bukhari)
Kategori: Akidah
Hadith:
Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:￾Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.￾ Seorang sahabat bertanya,:￾Apakah haraj itu ya Rasulullah?￾ Jawab baginda:￾Begini!￾(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan￾.

Huraian Hadith:
1. Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang amat membimbangkan. Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan hanya terdiri daripada kalangan dewasa sahaja, namun anak-anak yang belum dewasa, ibu-ibu, bahkan orang yang sudah lanjut umur juga terlibat.
2. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius oleh kita umat Islam kerana Allah SWT akan menimpakan bala dan laknat-Nya yang amat dahsyat disebabkan maksiat yang dilakukannya itu di mana ianya akan mengenai seluruh manusia.
3. Apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda telah pun berlaku di dalam realiti kehidupan kita pada hari ini. Ilmu telah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT, yang memuliakan sifat-sifat zuhud dan warak semakin berkurangan dan berlaku pembunuhan di sana sini
4. Maka bagi menghadapi situasi akhir zaman ini umat Islam perlu berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam kemungkaran. Benteng pertahanan aqidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya. Di samping itu konsep amar makruf nahi munkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran
http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/menghadapi-cabaran-zaman
 
dah kena potong tangan kerna mencuri...belum insaf..curi lagi...apa hukumannya..
 
Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

ada berapa orang dikalangan saudara/jiran/masyarakat anda yang berupaya jadi saksi?

:-?:-?:-?:-?
 
75 Dosa Besar Yang Wajib Diketahui Umat islam
March 16, 2013

Dosa besar jumlahnya Berbeza-beza menurut pendapat para ulama. Ada yang menyatakan 4 dan 7 menurut Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Ada pula yang membagi 2, iaitu yang dihukum di dunia dan diancam azab di akhirat.

Berikut ini adalah dosa-dosa besar menurut kitab Al Kabair karya Syamsudin Adz Dzahabi yang semuanya berjumlah 75 dosa besar. Dosa-dosa besar yang dimaksud adalah :

1. Menyekutukan Allah (Syirik)
2. Membunuh orang dengan sengaja
3. Sihir
4. Meninggalkan sholat Fardlu
5. Enggan membayar zakat
6. Tidak puasa Ramadhan tanpa alasan
7. Enggan menunaikan haji
8. Durhaka kepada kedua orang tua
9. Menjauhi kerabat ( Memutus hubungan silaturahmi )
10. Zina
11. Homoseksual
12. Riba
13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
14. Dusta
15. Melarikan diri dari peperangan
16. Pemimpin yang menipu rakyat
17. Berlaku sombong
18. Kesaksian palsu
19. Minum minuman keras
20. Judi
21. Menuduh zinah kepada perempuan baik
22. Khianat dalam harta rampasan perang
23. Mencuri
24. Merampok
25. Sumpah palsu
26. Berbuat zolim
27. Membantu berbuat zolim
28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram
29. Bunuh diri
30. Suka berbuat dusta
31. Hakim yang durhaka
32. Menyuap dalam masalah hukum
33. Perempuan menyerupai laki-laki dan sebaliknya
34. Mengasuh keluarga dalam dosa
35. Kawin dengan dasar cinta buta
36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan
37. Riya ( Pamer)
38. Menyembunyikan ilmu
39. Khianat
40. Mengungkit-ungkit pemberian
41. Mengingkari takdir
42. Menyelidiki rahasia orang (Tajassus)
43. Mengadu domba ( Namimah)
44. Mengutuk orang muslim
45. Mengingkari janji
46. Percaya kepada dukun dan tukang ramal
47. Nusyuz seorang perempuan terhadap suami
48. Menggambar patung dan makhluk hidup lainnya
49. Meratapi orang mati ( Niyahah)
50. Berperangai jelek
51. Zalim terhadap orang yang lemah
52. Menyakiti hati tetanga
53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam
54. Durhaka terhadap hamba Allah
55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan
56. Menyembelih binatang untuk sesajen
57. Hamba sahaya melarikan diri dari tuannya
58. Memalsukan keturunan
59. Menentang kebenaran
60. Enggan memberikan kelebihan air
61. Mengurangi Timbangan dan Takaran
62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah
63. Meninggalkan jamaah sholat Jum’at
64. Curang dalam berwasiat
65. Tipu daya
66. Mencaci orang Islam dan membeberkan rahasianya
67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak
68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW
69. Buang air besar ditempat berteduh
70. Kencing di tempat air untuk mandi
71. Nifak : sifat yang berbeda antara lahir dan bathin
72. Lupa kepada Allah
73. Kikir
74. Memakan 4 makanan yang diharamkan: bangkai, Daging ****, darah dan daging binatang yang disembelih selain nama Allah
75. Kufur kepada Allah

Setelah kita mengetahui 75 macam dosa besar tersebut dan kita mungkin termasuk diantaranya, ada baiknya kita segera bertaubat untuk menghindari murka dan azab Allah SWT karana Allah berjanji akan segera menghapuskan dosa-dosa kita bila kita segera menyedari kesalahan dan bertaubat serta berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. ( oleh : Rozie dalam lubuk hatiku’s.wordpress.com)

sumber: http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/03/75-dosa-besar-yang-wajib-diketahui-umat.html
 
dah kena potong tangan kerna mencuri...belum insaf..curi lagi...apa hukumannya..

Mmula potong sebelah jer..klu buat lg potong sebelah lg..
Klu buat lg potong sebelah kaki dan klu buat lg potong yg sebelah lg..
X silap aku la...klu salah sila betul kn..
 
ada berapa orang dikalangan saudara/jiran/masyarakat anda yang berupaya jadi saksi?

:-?:-?:-?:-?

Memang payah cari saksi. Pengajaran di sini ialah amat payah menjatuhkan hukuman ke atas pesalah. Kecuali yg benar2 jahat iaitu melakukan kejahatan di khalayak ramai. Hukuman Islam lebih berat bersifat membebaskan daripada menghukum kesalahan berdasarkan syarat yg ketat sebagai saksi dan ukuran keadaan.

Tapi harus diingat masib ada takzir yang lebih kurang juga undang2 dunia berdasarkan kebijaksanaan hakim.

Sebab tu lebih cantik melaksanakan hudud ketika masyarakat telah memahami dan keadaan yg kondusif. Sekarang pun boleh laksana. Anda akan melihat amat jarang pesalah menerima hukuman hudud jika dilaksanakan dengan syarat ketat.
 
Last edited:
Memang payah cari saksi. Pengajaran di sini ialah amat payah menjatuhkan hukuman ke atas pesalah. Kecuali yg benar2 jahat iaitu melakukan kejahatan di khalayak ramai. Hukuman Islam lebih berat bersifat membebaskan daripada menghukum kesalahan berdasarkan syarat yg ketat sebagai saksi dan ukuran keadaan.

Tapi harus diingat masib ada takzir yang lebih kurang juga undang2 dunia berdasarkan kebijaksanaan hakim.

ya betul.

apabila kita masukkan ayat
- pemimpin dipilih dari kalangan mereka sendiri
- akhir zaman umat Islam bagai buih dilautan
- kejahatan bermaharajalela di akhir zaman
- andaikan 70%-80% umat Islam di negara ini mungkin pernah gagal ujian sehingga melakukan diantara 75 dosa besar tersebut.

apa konklusinya untuk masa depan umat Islam?

mungkinkah akan naik dikalangan masyarakat akhir zaman ini pemimpin yang bermaksiat dan akan menjalankan dasar2 yang akan merugikan Islam sendiri?

:-?:-?:-?:-?:-?
 
ya betul.

apabila kita masukkan ayat
- pemimpin dipilih dari kalangan mereka sendiri
- akhir zaman umat Islam bagai buih dilautan
- kejahatan bermaharajalela di akhir zaman
- andaikan 70%-80% umat Islam di negara ini mungkin pernah gagal ujian sehingga melakukan diantara 75 dosa besar tersebut.

apa konklusinya untuk masa depan umat Islam?

mungkinkah akan naik dikalangan masyarakat akhir zaman ini pemimpin yang bermaksiat dan akan menjalankan dasar2 yang akan merugikan Islam sendiri?

:-?:-?:-?:-?:-?
Pemimpin sekarang memang takut laksana hudud kerana menyangka pecah amanah, rasuah, penyelewengan boleh dijatuhi hukuman potong tangan. Ia kesalahan lain di bawah takzir.
 
Pemimpin sekarang memang takut laksana hudud kerana menyangka pecah amanah, rasuah, penyelewengan boleh dijatuhi hukuman potong tangan. Ia kesalahan lain di bawah takzir.

benar.
dan ada juga peringatan untuk pemimpin.

Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan
Tarikh: Jul 14, 2008
Riwayat: Riwayat Bukhari Dan Muslim
Kategori: Ibadah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:￾Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:￾Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:￾ Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?￾ Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.￾

Huraian Hadith:
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
4.Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

berat mata memandang, lagi berat bahu memikul..
Wallahu a'lam
 
Mmula potong sebelah jer..klu buat lg potong sebelah lg..
Klu buat lg potong sebelah kaki dan klu buat lg potong yg sebelah lg..
X silap aku la...klu salah sila betul kn..


klu dua2 tangan kena potong...payah ler pesalah nak curi lagi...mati kebuluran la...:)cgrock

cerita psl saksi plak....klu ada saksi kena sogok utk fitnah/bohong...(walaupun pesalah berkali2 akui x buat)..mcm mana dgn hukuman pesalah...:-?:-?

klu disabit kesalahan...mati katak la..:)
 
Back
Top
Log in Register