BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Huawei Watch GT 3 Vs Watch GT 4, Mana Lebih Berbaloi ?

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Huawei baru-baru ini telah membawa masuk Watch GT 4 ke Malaysia pada awal bulan Oktober. Ia tersedia dalam dua saiz iaitu 46mm dan 41mm. Jika dilihat pada fungsi, macam tak banyak perbezaan dengan model GT 3 terdahulu. Mesti ada dikalangan anda yang tertanya mana satu lebih berbaloi untuk didapatkan? Dalam artikel ini anda bandingkan mana satu yang lebih berbaloi.
1698229429057.png

Untuk perbandingan ini, kita akan gunakan saiz 46mm sebab ciri dan fungsi yang terdapat pada dua saiz adalah sama. Jadi, Huawei Watch GT4 dan GT 3 hadir dengan rekaan yang bergaya. Namun terdapat perbezaan pada bentuk badan jam. Huawei Watch GT3 menggunakan badan jam berbentuk bulat, manakala GT 4 pula badan berbentuk oktagon.
1698229456197.png

Selain tu, perbezaan lain terletak pada teknologi dan algoritma kesihatan yang digunapakai. Huawei GT 4 menggunakan teknologi TruSeen 5.5+ yang telah dinaik taraf untuk menjejak kadar degupan jantung menggunakan AI, serta memantau tahap kepekatan oksigen (SpO2) dan tahap stress dengan lebih baik.
1698229485035.png

Selain itu, Huawei Watch GT 4 juga menggunakan TrueSleep 3.0 yang dipertingkat bagi memantau tidur secara lebih tepat. Tetapi ini bukan bermakna Huawei GT3 tidak memiliki fungsi ini. Ia juga boleh pantau semua ciri kesihatan yang disebutkan tadi, tetapi dengan menggunakan sensor TrueSeen 5.0+ dan TruSleep 2.0 yang lebih tua.
1698229512026.png

Satu fungsi baru yang Watch GT 3 tiada tapi Watch GT 4 ada ialah fungsi untuk menjejak pengambilan kalori. Ini akan menyenangkan anda yang nak diet dan buat kalori defisit. Di samping tu, GPS yang terbina di dalam kedua-dua jam ni sama, iaitu dual band GNSS. Tetapi menurut Huawei, fungsi GPS di GT4 telah dipertingkatkan untuk ia menjejak 30% lebih tepat berbanding GT3.
1698229550782.png

Bahagian paparan Watch GT 3 dan GT 4 ni sama iaitu skrin sentuh 1.43 inci dengan panel AMOLED, serta ada ciri Always On Display (AOD). Kedua-dua jam juga hadir dengan butang rotating crown di tepi untuk kawalan jam, dan sokong untuk melakukan panggilan. Lagi yang sama termasuk memiliki lebih 100 mod sukan dan diiktiraf kalis air 5ATM. Ia boleh dicas secara wayarles atau magnetik, dan masa penggunaan boleh tahan sehingga 14 hari.

Di malaysia, Huawei Watch GT 4 dijual pada harga bermula RM1,099, manakala GT3 pula kini berharga RM999. Dengan jurang harga RM100, perbezaan terbesar terdapat pada rupa fizikal, dengan GT4 badan jam berbentuk oktagon. Tetapi, walaupun lebih mahal, GT 4 ada fungsi kesihatan dan kecergasan lebih baik dengan dilengkapi TruSeen 5.5+ dan TruSleep 3.0, GPS 30% lebih tepat, dan ada fungsi menjejak kalori. Huawei Watch GT 4 adalah pilihan yang lebih berbaloi, kerana jurang perbezaan harganya tidaklah banyak tetapi ada menawarkan ciri yang lebih.​
 
Back
Top
Log in Register