Barisan komputer riba Huawei dikemaskini dengan variasi baharu menerusi MateBook D14 2023 dan MateBook D16 2023. Kedua-duanya diberi nafas baharu untuk berfungsi dengan baik menerusi sokongan CPU Intel Raptor Lake yang mencapai sehingga Intel Core i9-1390H. Bermula dengan rekaan, kedua-dua komputer riba dilengkapi tubuh sejenis logam bersama bezel nipis yang mengelilingi skrin. Ini dipadankan pula dengan papan kekunci bersaiz penuh bersama sokongan lampu latar terbina yang amat berguna untuk penggunaan di kawasan kurang cahaya. Pada tahun ini. Huawei juga kembali menggunakan kamera web FHD terbina pada papan kekunci.
Seperti namanya skrin sebesar 14-inci digunakan pada MateBook 14 2023, seterusnya skrin pada MateBook 16 2023 pula sebenar 16-inci. Kedua-duanya menggunakan panel sejenis IPS LCD dengan resolusi 1920 X 1200 piksel yang sama, di samping turut menawarkan mod pelindungan mata terbina.
Pilihan CPU sehingga Intel Core i9-1390H diberikan dengan padanan GPU Intel Iris Xe. Memori pula sehingga 16GB LPDDR4x RAM, storan dalaman 1TB SSD M.2 2280 dan menjalankan Windows 11 yang menawarkan antaramuka serba baharu. Bukan itu sahaja, ia juga dimuatkan dengan ciri berbilang tugas yang dipertingkatkan bersama sekuriti lebih baik. Kapasiti bateri pula berbeza yang mana sebesar 56Wh digunakan pada MateBook D14 2023. Kemudiannya meningkat kepada 60Wh yang disertakan pada MateBook D16 2023. Kedua-duanya juga menyokong teknologi Huawei SuperCharge 65W yang diiklankan mampu mengecas penuh dalam masa setengah jam sahaja.
Melengkapi komputer riba ini juga dua pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Di samping dwi mikrofon terbina dengan pembatalan bunyi untuk kualiti audio lebih jelas. Pilihan I/O terdiri dengan 1 X USB-C 3.2 Gen 1, 1 X USB-A 3.2 Gen 1, 1 X USB-A 2.0, 1 X HDMI dan bicu audio 3.5mm.
Harga jualan MateBook 14 2023 bermula RMB5099 (~RM3,290), seterusnya meningkat kepada RMB5699 (~RM3,678) pula untuk MateBook 16 2023 dengan konfigurasi yang asas. Tiada maklumat mengenai ketersediaan di pasaran global yang diketahui setakat ini.
Huawei telah mengemas kini penawaran Matebook D 14 mereka. Bagi memperbaharukan penawaran 2021 tempoh hari, mereka memperkenalkan Matebook D 14 2023 pula yang membawakan spesifikasi yang lebih segar untuk mendepani beban-beban pengkomputeran yang lebih moden.
Harga Huawei Matebook D 14 2023 di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, mereka yang berminat boleh dapatkan Huawei MateBook D14 bermula 15 Julai 2023. Terdapat dua konfigurasi yang ditawarkan untuk model ini dan harga rasmi jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:
Huawei MateBook D14 ditawarkan dalam satu pilihan warna iaitu Mystic Silver. Lebih menarik, dengan setiap pembelian MateBook 16s, pembeli akan diberikan hadiah percuma yang bernilai RM858 iaitu Microsoft 365, beg galas serta speaker serta jam Huawei Watch Fit.
Spesifikasi Huawei Matebook D 14 2023
Daripada segi rekaan, Huawei menggunakan badan besi yang telah melalui proses kemasan anod untuk memberikan lebih keteguhan dan juga rasa yang premium menurut mereka. Engselnya telah diuji sebanyak 10,000 kali di dalam makmal.
Di bahagian paparan, Matebook D 14 2023 dilengkapi panel paparan IPS sebesar 14”. Panel paparan ini mempunyai nisbah paparan 16:10 yang berikan ruang kerja lebih luas berbanding paparan 16:9 biasa. Resolusinya adalah 1920 x 1200 dengan kecerahan panel 300 nits. Kalau anda bercadang gunakannya untuk kerja kreatif, dimaklumkan yang panel ini mencakupi cuma 45% gamut warna NTSC.
Atas papan utama, laptop ini ditunjangi CPU Intel Core i5-1240P dengan Intel Iris Xe terbina didalamnya. Bersama-sama CPU itu, Huawei menggandingkannya dengan RAM 16GB LPDDR4X dan storan sebesar 512GB NVMe PCIe SSD.
Antara yang menarik tentang laptop ini adalah rekaan antenanya. Menurut Huawei, laptop ini ada antena istimewa yang membolehkan capaian Wi-FI ditambah baik sehingga 43% serta lebih rintang terhadap interferens.
Untuk ketersambungan berkabel, port I/O yang disediakan kepada pengguna adalah seperti 1 USB-C, 2 USB-A, 1 HDMI, dan 1 jek audio 3.5mm 2-dalam-1. Menghidupkan laptop ini adalah sistem bateri 56Wh dan blok pengecas 65W disediakan di dalam kotak.
Huawei Matebook 16s (2023) - Pacu Kreativiti Dengan Skrin Jitu Warna & Intel Core I9 Generasi Ke-13
Huawei telah mengumumkan kemasukan Matebook 16s ke dalam pasaran Malaysia. Ia adalah versi yang dinaik taraf berbanding edisi 2022. Ia kini bertunjangkan Core i9 berbanding Core i5/Core i7. Daripada segi spesifikasi, laptop ini kelihatan sesuai untuk pencipta kandungan yang perlukan sebuah mesin kerja dengan panel paparan jitu warna, contohnya penyuntingan gambar dan video.
Harga Matebook 16s (2023) di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, Huawei MateBook 16s bakal tersedia dibeli untuk peminat tempatan bermula 15 Julai 2023. Hanya satu konfigurasi yang ditawarkan oleh Huawei dan harga rasmi jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:
Huawei MateBook 16s ditawarkan dalam satu pilihan warna iaitu Space Gray. Lebih menarik, setiap pembelian MateBook 16s akan didatangkan bersama hadiah percuma yang bernilai RM1,358 iaitu Microsoft 365, beg galas dan speaker wayarles.
Spesifikasi Matebook 16s (2023)
Huawei Mate 16s (2023) adalah sebuah laptop sebesar 16”. Ia tampil dengan paparan 3:2 IPS beresolusi 2520 x 1680 dengan kecerahan pada paras 300 nits.
Salah satu ciri menonjol laptop ini adalah panel paparan ini mencakupi 100% gamut warna sRGB yang menunjukan ia sesuai diguna untuk menyunting gambar ataupun video. Untuk menambah keyakinan, TÜV Rheinland telah mengesahkan paparan ini mencatatkan ΔE<1.
Atas papan utama, Matebook 16s diperkasa CPU Intel Core i7-12700H dengan RAM 16GB LPDDR5 dan storan 1TB NVMe PCIe SSD. Daripada segi ketersambungan, port I/O yang cukup diberiakan. Anda terima 2 USB-A, 2 USB-C (Thunderbolt 4), 1 HDMI, dan jek audio 2-dalam-1.
Sistem penyejukan laptop ini katanya antara yang tercanggih Huawie pernah hasilkan. Dalamnya ada sistem penyejukan aktif dengan kipas 79 bilah nipis.
Kalau anda bekerja tanpa tetikus, Huawei menyediakan pad sesentuh yang luas, 46% lebih luas daripada biasa untuk berikan ketepatan tinggi pergerakkan kursor.
Dengan berat cuma 1.99kg, walaupun laptop ini sebesar 16”, ia masih memenuhi piawaian Intel Evo, piawaian yang menyatakan laptop ini memiliki tahap mobiliti, prestasi, dan hayat bateri yang baik. Kapasiti baterinya adalah 84kWh.
Huawei MateBook D 16 2024 Kini Rasmi Dengan CPU Intel Gen-13
Komputer riba Huawei MateBook D 16 2024 turut diumumkan secara rasmi di China pada hari ini. Ia diberi nafas baharu menerusi konsep reka bentuk yang dikatakan lebih ringan iaitu sekitar 1.68kg beserta fungsi dipertingkatkan. Seperti namanya skrin IPS sebesar 16-inci dengan resolusi 1920 X 1200 piksel dan nisbah skrin ke badan mencapai 90%. Ia juga bernisbah aspek 16:10 yang sesuai untuk pelbagai bentuk kegunaan multimedia. Di samping turut menyokong kecerahan puncak 300 nits, kepadatan piksel 142 ppi, gamut warna sRGB 100% dan sudut tontonan 178 darjah.
Dari aspek lain komputer riba ini dilengkapi pilihan CPU sehingga Intel Core i9-13900H bersama GPU Intel Iris Xe, memori 16GB RAM dan storan 1TB NVMe PCIe SSD. Turut disertakan adalah bateri sebesar 70Wh, pengecasan 65W, bluetooth 5.1 dan pilihan I/O merangkumi USB-C 3.2 Gen 1, DisplayPort 1.2, USB-A 3.2 Gen 1, USB-A 2.0, HDMI serta bicu audio 3.5mm.
Harga jualan di China bermula RMB4599 (~RM3,002) (i5-13420H), RMB4999 (~RM3,263) (i5-13500H), RMB5999 (~RM3,916) (i7-13700H) dan RMB6499 (~RM4,242) (i9-13900H) sebuah.