BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Hotlink Prabayar - RM20 Untuk 10GB Data 365 Hari

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Maxis kini hadir dengan sebuah pelan Prabayar Internet 365 Hari yang baharu, membolehkan anda mendapatkan pakej berkenaan dan melanggan internet berkelajuan tinggi untuk digunakan sepanjang tahun. Sebanyak tiga pelan data ditawarkan dibawah pelan ini, iaitu 2GB pada harga RM6, 4GB pada harga RM10, dan 10GB pada harga RM20.

Hotlink-365-Hari-950x508.jpg.webp

Menariknya, pelan data ini adalah aktif untuk digunakan selama 365 hari – dan anda perlu memastikan SIM anda aktif untuk tempoh berkenaan. Pelan ini menawarkan tempoh aktif selama 60 hari, dan Maxis turut menyediakan penambahan RM30 untuk memastikan tempoh aktif SIM selama 365 hari.

Bagi anda yang mempunyai akses internet di rumah dan pejabat, mungkin pelan ini sesuai – membolehkan anda menikmati internet berkelajuan tinggi bila diperlukan.
 
Jadi rm20 dapat 10gb untuk 365 hari..

Tapi kena sentiasa topup la untuk aktifkan line... Tambah lagi rm30 dapat la 365 hari aktif line... Total rm50 la untuk setaun...
 
plan lain, sim lain.

setting dlm satu sim je kn senang.

banyak plak number nk kena bela
 
dia boleh ugrade daripada plan sedia ada, cas rm6. takyah beli simkad baru
 
aku dah try.

memang terbaik la untuk yg takat guna internet sebulan 2 3 gb.

data dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa membazir.

harga data pon cantik, 1gb = rm2. boleh guna sampai setahun.

topup pon rm5 utk 2 bulan sekali.

mmg cantik

untuk yg banyak phone backup, boleh la guna.
 
aku dah try.

memang terbaik la untuk yg takat guna internet sebulan 2 3 gb.

data dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa membazir.

harga data pon cantik, 1gb = rm2. boleh guna sampai setahun.

topup pon rm5 utk 2 bulan sekali.

mmg cantik

untuk yg banyak phone backup, boleh la guna.
topup RM5 boleh guna 5 hari je...
 
Back
Top
Log in Register