BTC USD 96,894.0 Gold USD 2,935.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hospital Cyberjaya mula operasi hari ini

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,783
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,783
Reaction score
4,317
Points
266
Awards
1


Hospital Cyberjaya yang dibina dengan peruntukan RM508.8 juta dilengkapi 14 disiplin kepakaran. - foto BERNAMA
Hospital Cyberjaya yang dibina dengan peruntukan RM508.8 juta dilengkapi 14 disiplin kepakaran. - foto BERNAMA

CYBERJAYA: Hospital Cyberjaya yang mula beroperasi hari ini bakal memanfaatkan kira-kira 282,000 penduduk di daerah Sepang dan sekitarnya.

Hospital pakar major dengan 14 disiplin kepakaran itu juga akan membantu mengurangkan kesesakan dan kadar penggunaan katil di hospital berdekatan terutama di Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya.
Antara disiplin kepakaran adalah Perubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Kecemasan dan Bius, Perkhidmatan Patologi, Radiologi serta Diet dan Sajian.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata dua lagi disiplin kepakaran akan ditambah di hospital berkenaan atas permintaan khusus Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
DISYORKAN UNTUK ANDA

"Baginda Tuanku mahu supaya Hospital Cyberjaya kekal sebagai hospital awam dan ditambah kepakaran Penjagaan Geriatrik disebabkan masyarakat menua tidak lama lagi serta Perkhidmatan Psikiatri disebabkan keprihatinan baginda mengenai isu kesihatan mental," katanya pada majlis pelancaran pengoperasian hospital itu hari ini.​



Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melawat wad hospital semasa hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya hari ini. - fotoBERNAMA
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melawat wad hospital semasa hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya hari ini. - fotoBERNAMA

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Harjeet Singh; Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Cyberjaya, Dr Shahabuddin Ibrahim.

Selain itu, Khairy berkata, KKM merancang untuk menyediakan sebuah mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) di hospital itu dalam usaha menampung keperluan semasa dan meringankan tekanan di Hospital Serdang.
"Kita beri dua dalam satu kepada penduduk setempat iaitu Hospital Cyberjaya dan Klinik Kesihatan Cyberjaya yang ditukar daripada kuarters jururawat yang sudah beroperasi sejak 1 November lalu," katanya.

Hospital Cyberjaya yang mula dibina pada 15 Ogos 2017 di tapak seluas 4.9 hektar adalah projek Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dengan peruntukan RM508.8 juta.
Ia mempunyai kapasiti 288 katil dan dilengkapi dua dewan bedah untuk kepakaran Oftamologi serta pembedahan telinga, hidung dan tekak (ENT).

Selain itu, Hospital Cyberjaya adalah hospital pertama di negara ini bertaraf platinum di bawah pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang menekankan faktor kelestarian dan kecekapan tenaga menerusi reka bentuk.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (empat, kanan) beramah mesra bersama petugas hospital semasa hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya hari ini.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (empat, kanan) beramah mesra bersama petugas hospital semasa hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya hari ini.



 
Sponsored Post

Asrama jururawat diubah jadi klinik kesihatan Cyberjaya


KHAIRY Jamaluddin mengadakan lawatan ke hospital semasa hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
CYBERJAYA: Lebih 150,000 penduduk Cyberjaya kini tidak perlu lagi bersesak mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Dengkil yang terletak jauh kira-kira 16 kilometer dari bandar itu.

Sebaliknya, sebuah blok asrama jururawat di Hospital Cyberjaya diubah suai sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya untuk para penduduk terutamanya golongan berpendapatan B40.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, idea bagi dibuka klinik di kawasan hospital itu tercetus ketika beliau membuat lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan Dengkil baru-baru ini yang menyaksikan keadaannya sesak.

Terdahulu, beliau melancarkan secara rasmi pengoperasian Hospital Cyberjaya yang siap dibina tahun lalu selepas diumumkan ketika pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan peruntukan RM508 juta.

Ia dibina di kawasan dikenali Cyber 11 seluas lebih lima hektar dan memiliki kapasiti 288 katil dengan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 282,000 penduduk sekitar Daerah Sepang.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pembukaan Klinik Kesihatan Cyberjaya yang sekali dengan Hospital Cyberjaya itu menjadikan penduduk menerima dua ‘hadiah’ besar secara serentak.

Langkah pengubahsuaian asrama kepada klinik itu bukan sahaja menjimatkan kos untuk pembinaan bangunan baharu, malah dapat mengurangkan kesesakan teruk pesakit di beberapa klinik awam termasuklah di Putrajaya.

Menyentuh mengenai Hospital Cyberjaya ujarnya, premis itu pernah dicadangkan pihak kerajaan sebelum ini untuk diswastakan atas faktor penduduknya dalam kalangan M40 dan T20.

Namun setelah dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada tahun lalu, beliau membawa kertas Kabinet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar cadangan asal itu ditolak.

“Alhamdulillah, syor diterima kerana kita sedar lebih 70 peratus pesakit di hospital kerajaan dari B40 dan itulah sebab hospital ini lambat dibuka meskipun sudah pun lama siap,” jelasnya.


Bahkan ia muncul hospital pertama di Malaysia bertaraf platinum di bawah pensijilan Indeks Bangunan Hijau dengan setiap reka bentuknya menekankan kelestarian dan cekap tenaga selain dilengkapi dua dewan bedah dan satu unit mesin CT-scan merupakan hospital pakar major bagi mengurangkan kesesakan di semua hospital sekitar Lembah Klang.

Khairy optimis pengoperasian Hospital Cyberjaya dengan 14 disiplin kepakaran akan dapat membantu masyarakat mendapatkan standard rawatan terbaik pada caj yang agak berpatutan. – UTUSAN
 
Den baru 3x poie cyberjaya, tu pun sbb ado urusan anak kojo & masuk umah sewa kek situ.....

cyberjaya ni jalan bosa2 lapang, lanskap cantik, bangunan opis, rumah, apartment tersusun ikut kawasan tak sendat himpit2.... siap ado pedestrian walkaway+ laluan basikal....

raso mcm nk pindah sini ajo sbb kemudahan banyak & kepadatan penduduk x tinggi
 
Den baru 3x poie cyberjaya, tu pun sbb ado urusan anak kojo & masuk umah sewa kek situ.....

cyberjaya ni jalan bosa2 lapang, lanskap cantik, bangunan opis, rumah, apartment tersusun ikut kawasan tak sendat himpit2.... siap ado pedestrian walkaway+ laluan basikal....

raso mcm nk pindah sini ajo sbb kemudahan banyak & kepadatan penduduk x tinggi

Itu yang best tu.
Riadah dan santai

Nak pindah sana?
Mahal tak area situ?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register