BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HKL Cari Waris Pesakit Tiada Dokumen Pengenalan Diri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

HKL Cari Waris Pesakit Tiada Dokumen Pengenalan Diri​

553fa8afc2f5b45ffff802cda25a8ca25f66f22f0cad0


Hospital Kuala Lumpur (HKL) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris atau kenalan seorang pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital itu sejak 17 Ogos lepas.

HKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pesakit berkenaan yang menggunakan nama gelaran “Thambirajan”, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma akibat strok, namun tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri serta tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya.

“Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HKL juga mendapati pesakit gagal memberikan nama penuh beliau dan nombor kad pengenalan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL turut merujuk pesakit berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai identitinya, namun semakan mendapati maklumat pesakit tidak sepadan dengan mana-mana rekod JPN.

Menurut HKL, waris atau kenalan pesakit diminta tampil atau menghubungi pihak hospital dengan segera untuk perbincangan lanjut bagi memastikan urusan rawatan dan penjagaan pesakit berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pesakit berkenaan boleh dikemukakan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL di talian 03-2615 5959.

 
Back
Top
Log in Register