BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

..Himpunan Peribahasa Melayu..

JackLanun

Active Member
Messages
1,351
Joined
Nov 13, 2012
Messages
1,351
Reaction score
23
Points
25
Assalamualaikum w.b.t..
Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu
Thread ini dicipta untuk menghimpunkan/kongsi/belajar mengenai peribahasa
Juga bertujuan untuk rujukan generasi CG sekarang & yang akan datang
Peribahasa dengan simpulan bahasa adalah berbeza



Apakah peribahasa yang terlintas di fikiran tuan/puan sekarang???
Kongsikan beserta maksudnya.
Tidak rugi berkongsi ilmu
Semoga memberi manfaat.
"Takkan Melayu Hilang di Dunia"​
:)cgrock

Contoh peribahasa Melayu :-

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
 
dimana ada jamban... disitu kite berak
maksud: boleh berak dimana2 asalkan ade jamban
 

Attachments

  • 133.3 KB Views: 32
Last edited:
cinta itu ibarat kurap, makin digaru makin sedap.
 
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
 
ibarat nila setitik rosak susu sebelanga...
maksud=sorang wat hal semua kena tempias.
 
Bagi betis nak peha bagi bahu kau nak pijak kepala..

Maksud dia lebih kurang sama dengan lebih kuah dari sudu lebih kertas dari buku..

Ada satu lagi yg best..aku tak takut mati cuma aku tak nak mati..:)

KL gangster..Haha..
 
alang2 menyeluk pekasam biar smpi kepangkal lengan

mksd:alang2 dah floating..biar smpi mc..
 
Back
Top
Log in Register