BTC USD 63,586.9 Gold USD 2,324.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Hikmah puasa tanpa bazar Ramadan

Sponsored Post

photo_2020-04-16_16-38-21.jpg


Semoga kita dapat elak pembaziran dan kawal nafsu tu sikit:D
 
Kerajaan Tidak Benarkan Bazar Ramadan Di Buka

16.04.2020 - Shah Alam, Kerajaan tidak membenarkan sebarang operasi bazar berbentuk gerai bagi menjual kuih-muih dan lauk-pauk sepanjang Ramadan walaupun fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijadualkan berakhir 28 April ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu turut melibatkan operasi dalam bentuk pandu lalu serta `pesan dan ambil’.

“Jadi tidak ada lagi isu berkaitan bazar Ramadan atau pun e-iftar,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata makanan dari kedai yang dibuka hanya boleh dibeli menerusi perkhidmatan e-panggilan mengikut peraturan ditetapkan seperti fasa pertama dan kedua PKP.

Semalam, Ismail Sabri berkata, cadangan beberapa pihak supaya kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan menggunakan konsep pandu lalu serta ‘pesan dan ambil’ akan diteliti.

25.05.2018-Bazaar-Ramadan-HAFIZ-MEI-1024x714.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/kerajaan-tidak-benarkan-bazar-ramadan-dibuka/
 
tak boleh gi bazar Ramadhan dan tukar langsir raya dan pakai baju satu kayu sama warna...kalau yg ni tak boleh nak buat...maka akan GELISAH lah jiwa org melayu...

yg ni suami2 n ayah2 paling suka..jimat wang..no baju raya no langsir raya 🤭😂
 
haha...betul jugak boss ckp tu....
konfirm mmg ramai yg makanan lambat sampai nanti...

nasib baik boss ingatkan...

so kita orang islam, kena bijak lah...standby lah kurma ke....air ke....bukak puasa ringan2 dulu sebelum tunggu makanan best2 yang kita order tu sampai... :D

sejak pkp ni ramai dh teror bab2 masak ni..dr menu kampung ke barat..kuih2 pon sama..rasanya bln puasa leh masak sendiri..😜
 
Dah sampai masanya. Lama sangat dah Sejak zaman mak bapak kita pun ramadan & syawal ni dah ibarat pesta. Pesta makan, pesta shopping. Segala macam pesta buatkan makna sebenar ramadan & syawal itu tak sampai pada manusia dah.

Ntah la, aku terlalu suka semenjak PKP nanti ni bazar ramadan takde. Maaf kalau ada yang terasa. Aku memang pantang bab bazir makanan ni. Seumur hidup memang boleh kira berapa kali je pergi bazar ramadan. Sebab memang tak berkenan
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register