BTC USD 93,433.9 Gold USD 3,335.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Hikmah puasa tanpa bazar Ramadan

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,179
Points
266
Awards
1
WhatsApp-Image-2020-04-15-at-11

Suasana bazar jualan dalam bulan Ramadan tahun lepas yang tidak ada pada tahun ini kerana PKPi. Foto Fail. Mohd Naim Aziz.

Ramadan tahun ini cukup unik. Unik bukannya kerana angkanya menarik, kedatangan Ramadan tahun 2020 ini kerana kita semua menyambutnya dalam suasana tempoh pergerakan terkawal (PKP) akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Ketiadaan param ini ada hikmahnya. Ia dapat mengelakkan pembaziran secara pukal sisa-sisa makanan seperti mana laporan yang pernah kita baca seperti sebelumnya.

WhatsApp-Image-2020-04-15-at-11

Suasana berbuka puasa seperti dirakamkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tahun lepas tidak ada lagi pada tahun ini ekoran PKP.. Foto Fail Mohd Naim Aziz.

Harapnya tahun ini kita lebih ‘menghargai’ nilai makanan dan mendidik nafsu yang biasanya tewas saban kali ada param sepanjang Ramadan.
Selain itu, tiada lagi orang ramai berkumpul di tempat-tempat awam berbuka puasa beramai-ramai dan tidak ada lagi bufet Ramadan di hotel-hotel yang membazirkan wang dan masa.

Sesungguhnya kehadiran Ramadan kali ini ditunggu-tunggu. Semoga keunikan Ramadan kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik.- MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

bagus lah...supaya umat islam dapat membeza kan antara hukum Allah dan budaya manusia.....

meriah ramadhan bukan kerana bazar..tetapi jika manusia memahami kenapa Allah perintahkan puasa di bulan ramadhan dan lipat ganda ibadah di bulan ramadhan kerana ganjarannya terlalu besar....
 
makin sibukla runner hntar makanan

maka ramai la nnt up status dh masuk isyak mkanan xsampai2 :ROFLMAO:

haha...betul jugak boss ckp tu....
konfirm mmg ramai yg makanan lambat sampai nanti...

nasib baik boss ingatkan...

so kita orang islam, kena bijak lah...standby lah kurma ke....air ke....bukak puasa ringan2 dulu sebelum tunggu makanan best2 yang kita order tu sampai... :D
 
Mungkin yang risau ni para peniaga la
Peluang jana pendapatan
Cuma bila lebih banyak keburukan dari kebaikan bazar ni dalam keadaan wabak masih menular
Molek dah pihak berkuasa tak bagi buat bazar offline dan online ni
Off dulu tahun ni
Atau
Peniaga kena cari jalan lain yang tak menyalahi peraturan
 
yg sebenarnya ape yg berlaku pada bulan ramadhan
adalah banyak pembaziran makan melebihi pada bulan2 lain.

Ini tak sepatutnya berlaku, kerana bulan ini adalah bulan yg mulia.
sepatutnya segala2 patut berserderhana.

Tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. penyediaan makanan yg banyak utk mencari untung.
Pembelian melebihi keperluan dan sebagainya. akhirnya semua lebihan makanan tu dibuang sana setia hari

Laporan mengenai pembaziran

Mungkin kali ni adalah peluang utk kita belajar
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register