BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hero Arab dipenjara

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BAGHDAD - Seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi dipenjarakan tiga tahun kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Beliau yang merupakan wartawan sebuah stesen televisyen dan berumur 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Iraq di sini berhubung tuduhan membaling kasut ke arah Bush pada Disember lalu.

"Dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun," kata seorang peguamnya, Yahia Attabi di luar mahkamah di sini.

Peguam itu berkata, Muntazer menjerit Iraq, panjang umur Iraq selepas keputusan tersebut dibacakan.

"Kami akan membuat rayuan berhubung keputusan itu," katanya.

Hakim Abdulamir Hassan al-Rubaie berkata, dia mengambil kira umur Muntazer yang masih muda dan perbuatan itu merupakan kealahan pertama ketika menjatuhkan hukuman, kata Yahia.

Membaling kasut dianggap sebagai lambang keaiban dalam dunia Arab dan Islam.

Muntazer sebenarnya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana melakukan serangan ke atas seorang ketua sebuah negara asing. - AFP
 
Perlakuan yang akan diperbualkan 30 tahun lagi
 
Hero Islam ni......
 
Sejarah dunia...........kasut..salah satu kegunaan kasut.:))

Sekurang2nya dia menunjukkan tentang terhadap Bush....:D

Bukan jadi tali barut...:)cgrock
 

Sekurang2nya dia menunjukkan tentang terhadap Bush....:D

Bukan jadi tali barut...:)cgrock

Masejnya...berseorang pun boleh bertindak..barNGO tak abis abis dengan meeting, forum, memorendum dan apa kejadah lain lagi
 
Masejnya...berseorang pun boleh bertindak..barNGO tak abis abis dengan meeting, forum, memorendum dan apa kejadah lain lagi

Aku paling tak gemar dengan UN.... dah Kuasa Veto....:mad::mad::mad:
 
Back
Top
Log in Register