BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Henti pakai empat produk kosmetik ini segera - KKM

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. Biela Beauty Glowing Night Cream
2. BL Skincare Day Cream 1
3. BL Skincare Day Cream 2
4. BL Skincare Night Cream

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

 
image-12.png
Nama Produk: 1. BIELA BEAUTY GLOWING NIGHT CREAM

image-13.png
Nama Produk: 2. BL Skincare Day Cream 1

image-20.png
Nama Produk: 3. BL Skincare Day Cream 2

image-21.png
Nama Produk: 4. BL Skincare Night Cream
 
saman ke tak?

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

5. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

6. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


Sepatutnya dikenakan denda dan penjara bagi individu dan denda untuk syarikat
 
produk timbang kilo ke ape ni?

nak selamat beli produk dekat watson, guardian sudah la. setakat orang jual dekat shopee tu, dekat fb, dekat ig, tiktok segala bagai, tak payah la beli.

dah sakit, korang juga yang tanggung. salah satu rezeki paling tak ternilai dari Allah yang mengalahkan duit adalah kesihatan.

korang dah masuk umur pertengahan 30 ke atas baru tau nikmat sihat tubuh badan tu macam mana.
 
Last edited:
produk timbang kilo ke ape ni?

Biasa gitu lah tuan
Produk timbang kilo ni la jadi kegilaan ramai
Padahal kualiti tak seberapa
Bahaya ada la

nak selamat beli produk dekat watson, guardian sudah la. setakat orang jual dekat shopee tu, dekat fb, dekat ig, tiktok segala bagai, tak payah la beli.

dah sakit, korang juga yang tanggung. salah satu rezeki paling tak ternilai dari Alllah yang mengalahkan duit adalah kesihatan.

korang dah masuk umur pertengahan 30 ke atas baru tau nikmat sihat tubuh badan tu macam mana.
 
produk timbang kilo ke ape ni?

nak selamat beli produk dekat watson, guardian sudah la. setakat orang jual dekat shopee tu, dekat fb, dekat ig, tiktok segala bagai, tak payah la beli.

dah sakit, korang juga yang tanggung. salah satu rezeki paling tak ternilai dari Allah yang mengalahkan duit adalah kesihatan.

korang dah masuk umur pertengahan 30 ke atas baru tau nikmat sihat tubuh badan tu macam mana.
org melayu kita tak serik habiskan duit beli produk mcm ni....,,kita dapat sakit...yg jual dapat duit...
 
Back
Top
Log in Register