BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Helikopter Bawa Lima Penumpang Terhempas Berdekatan Long Lellang STOLport

KKM Nilai Semula Kontrak Berkaitan Perkhidmatan FDS - KP Kesihatan​

9173794bcdf6c846255a170c727d63df6aa64e2ae842f

Datuk Dr Mahathar Abd Wahab

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menilai semula semua kontrak berkaitan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) susulan nahas di Long Lellang, Baram, Sarawak, Selasa lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata penilaian dan semakan itu merangkumi semua aspek kontrak tersebut termasuk perkara berkaitan FDS selaras dengan arahan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Sebagaimana yang telah disebutkan dalam kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri, kita akan menilai semula semua kontrak yang terkait dengannya, semua sekali akan dinilai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Trauma Malaysia (MTC) 2026, di sini hari ini.

Dr Mahathar berkata kadar bayaran elaun kepada petugas FDS juga akan dinilai dalam semakan yang dijalankan.

Pada 10 Sept lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata KKM akan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan kerangka penyampaian perkhidmatan FDS di Sarawak termasuk aspek kontrak, tadbir urus, keselamatan operasi, keperluan liputan dan keberkesanan model penyampaian perkhidmatan sedia ada.

Semua operasi FDS di Sarawak juga ditangguhkan buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan semakan menyeluruh dilakukan terhadap mekanisme keselamatan serta operasinya.

Langkah itu diambil susulan nahas membabitkan sebuah helikopter yang digunakan bagi FDS di Long Lellang pada Selasa dan mengorbankan kesemua lima individu termasuk empat petugas KKM.

Boleh ke? Ada geng dlm syarikat tu.
 

FPMPAM Cadang Kerangka Nasional Lindungi Petugas Barisan Hadapan​

63a7e13902ab25c8d9b50ab402417a1d6aa7a0c3e9293


Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) menyarankan penubuhan jawatankuasa antara agensi bagi merangka dalam tempoh enam bulan, satu kerangka menyeluruh untuk melindungi penjawat awam dan keluarga mereka daripada risiko pekerjaan luar biasa.

Presidennya Dr Shanmuganathan T V Ganeson berkata Kerangka Perlindungan Risiko Pekerjaan Kebangsaan bagi Petugas Barisan Hadapan yang dicadangkan perlu menyediakan perlindungan insurans minimum dan perlindungan dalam kes kematian serta hilang upaya kekal, selain mekanisme pampasan dan telah ditetapkan kepada petugas serta tanggungan.

FPMPAM turut merakamkan takziah susulan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran landangan STOLport Long Lellang di Baram, Sarawak pada 8 Sept lepas, yang mengorbankan lima nyawa.

Mereka yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta jururawat Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40.

“Kematian mereka seharusnya mendorong kita meneliti bagaimana Malaysia melindugi petugas awam yang dikehendaki, dalam menjalankan tugas, melaksanakan tanggungjawab yang melibatkan risiko luar biasa,” katanya dalam kenyataan bersama Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Selangor dan Kuala Lumpur (PMPASKL) Dr Eugene Chooi Yuo Hao hari ini.

Sambil menyambut baik semakan dan siasatan yang diumumkan susulan tragedi itu, Dr Shanmuganathan berkata siasatan berhubung nahas berkenaan perlu dijalankan secara bebas tanpa sebarang spekulasi kerana perhatian masyarakat terhadap tragedi itu mungkin beralih, sedangkan isu sistemik yang berkaitan masih belum diselesaikan.

Beliau berkata penentuan punca nahas merupakan perkara berbeza daripada penilaian sama ada petugas yang dihantar menjalankan tugas dalam persekitaran berisiko diberikan perlindungan sewajarnya.

Katanya, perkara itu merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan, syarat perkhidmatan awam, insurans dan pampasan, keselamatan penerbangan dan pengangkutan, perolehan kerajaan, liabiliti kontrak serta tanggungjawab kontraktor swasta.

Dr Shanmuganathan berkata tiada satu kementerian yang mampu menangani semua perkara berkenaan secara menyeluruh, justeru, mencadangkan supaya jawatankuasa itu diselaraskan di peringkat Kerajaan Persekutuan dengan penglibatan wakil Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), pihak berkuasa pengangkutan dan penerbangan berkaitan serta Jabatan Peguam Negara.

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Perlu Ditubuhkan Perkukuh Tenaga Kerja Kesihatan Awam​

1ef7df976124a3fd3e46fd26cdd36b096aa7f1daacc19

fb Azrul Mohd Khalib

Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi mengambil, mengekalkan dan menempatkan tenaga kerja kesihatan sektor awam serta menyokong kebajikan, imbuhan dan pembangunan kerjaya mereka, kata Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial (Pusat Galen).

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen Azrul Mohd Khalib berkata Belanjawan 2027 perlu merangkumi komitmen untuk menubuhkan suruhanjaya berkenaan sebagai sebahagian daripada pembaharuan penjagaan kesihatan yang mendesak dan bermakna.

“Matlamatnya mudah, iaitu meningkatkan pengurusan sumber manusia dalam sektor kesihatan awam agar sedekat mungkin dengan piawaian yang sewajarnya kita harapkan daripada majikan sektor swasta yang bertanggungjawab. Ia bukan sesuatu yang mustahil mahupun tidak munasabah.

“Pengurusan semasa di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa. Tenaga kerja kesihatan awam seharusnya mempunyai suruhanjaya perkhidmatan mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azrul berkata insiden nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) melibatkan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di Long Lellang, Sarawak, mesti menjadi titik perubahan dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan keadaan kerja petugas kesihatan sektor awam terpelihara.

Azrul berkata doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan, ahli farmasi, profesional kesihatan bersekutu dan petugas kesihatan lain tidak seharusnya terpaksa menanggung kesusahan yang tidak perlu, persekitaran kerja yang tidak selamat atau sokongan kebajikan yang tidak mencukupi hanya kerana mereka memilih untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Susulan tragedi itu, Azrul berkata semakin ramai petugas kesihatan sektor awam menggunakan media sosial untuk mengetengahkan kebimbangan berhubung penginapan yang tidak mencukupi, pertukaran dan penempatan yang sukar serta tidak munasabah, tekanan kewangan, beban kerja berlebihan, persekitaran kerja yang tidak selamat, elaun yang tidak mencukupi dan sokongan kebajikan yang lemah.

Beliau berkata kebimbangan itu tidak seharusnya diketepikan sebagai rungutan daripada petugas yang enggan berkorban, kerana ramai daripada mereka telah melakukan pengorbanan besar dengan bekerja untuk tempoh yang panjang, menerima penempatan yang sukar, meluangkan masa berjauhan daripada keluarga serta memikul tanggungjawab yang secara langsung mempengaruhi kehidupan dan keselamatan pesakit.

Menurut Azrul, suruhanjaya itu perlu mengawasi perancangan tenaga kerja, pengambilan dan pelantikan tetap, penempatan dan pertukaran, imbuhan serta elaun, selain keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 
Back
Top
Log in Register