BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati Berlemak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
FB_IMG_1676222766323.jpg


Ini merupakan antara punca mengapa anda perlu mengurangkan mengambil makanan tinggi gula dan lemak. No more bobba, teh tarik, chessy leleh dan kentang goreng.
.

Memproses lemak badan adalah antara tugasan utama untuk hati. Setelah hati PENUH dengan glikogen, ia mula mengubah gula yang diserap dari darah menjadi asid lemak, untuk penyimpanan jangka panjang sebagai LEMAK BADAN.

Asid lemak dan kolesterol dikumpulkan dan dihantar ke seluruh badan melalui darah. Sebilangan besar lemak akhirnya tersimpan didalam hati menyebabkan terjadinya HATI BERLEMAK

Masalah ini berlaku pada 20 peratus orang dewasa secara keseluruhan. Kebiasaanya anda TIDAK mempunyai gejala ketara sehinggalah hati mula membengkak. Pada waktu ini, anda akan mula rasa tidak selesa dibahagian kanan abdomen.

Untuk mengetahui risiko anda, lakukan ujian darah. Kolesterol tinggi dalam darah (Tg) adalah antara amaran awal masalah hati berlemak. Enzim hati mungkin meningkat . Untuk kepastian ujian imbasan ultrasound boleh dilakukan dan doktor boleh mengesahkan hati anda berlemak berdasarkan struktur hati.

Untuk jangka masa panjang, masalah hati berlemak akan meninggalkan parut kekal di hati dan menyebabkan kerosakan kekal. Fungsi hati akan terjejas dan ia adalah risiko untuk terjadi kanser hati.

Namun berita baik, hati berlemak boleh dipulihkan dengan syarat anda mula mengubah gaya hidup kepada pemakanan sihat, mengurangkan perut boroi dan aktif dalam aktiviti fizikal
 
1000515909.jpg


Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang diperlukan oleh badan.

Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum. Kuantiti lemak yang berlebihan di dalam hati adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemerosotan atau kegagalan fungsi hati. Keadaan ini dinamakan penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Fatty Liver Disease.

Penyakit hati berlemak boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
 
Back
Top
Log in Register